‘Dimakan sumpah oleh perkataan sendiri’ amat perit untuk ditelan oleh sebuah realiti. Sakitnya kalau kita diuji dengan apa yang kita pernah kata. Apatah lagi kata-kata kita pernah mengguris luka. Pernah seperti bunyinya muktamad tiada kata dua.
Gunakanlah bahasa yang lebih merendah diri. Hindari sifat melampau dalam memberikan pendapat. Gunakanlah ayat-ayat yang menunjukkan sifat IQTISAD (bersederhana), misalnya “setahu saya”, “berdasarkan kefahaman saya yang terbatas ini”, “ini hanya pandangan saya, mohon tunjuk ajar” dan yang seumpama dengannya.
Ayat yang boleh dikatakan ‘termakan sumpah’ ini ialah apabila kita bercakap, “apa susah, kalau setuju ok. Kalau tak setuju, jalan” atau banyak menggunakan ungkapan “sepatutnya”, “sebenarnya”, “faham tak?”, "saya tidak faham bagaimana benda yang mudah seperti ini pun…” dan yang seumpama dengannya.
Mengeras-ngeraskan pendapat dan suara itu tanda ketidak matangan, kalau tidak sampai ke tahap sebuah kebodohan.
Saya sekadar mengingatkan…By : Ust Hasrizal
Subhanallah...Apabila menatap kembali kalam ini, tersentuh sangat...betapa terlalu banyak kesalahan dan dosa yang kita lakukan daripada nikmat mulut yang Allah kurniakan ini...Sama-sama muhasabah diri...Moga kita terus termasuk dalam kalangan yang sentiasa berdiam diri atau menutur bicara yang baik-baik sahaja. Moga bicara itu mampu mendekatkan diri kita dan orang lain pada Allah, insya Allah. Wallahu a'lam...
2 comments:
Teringat pesan Saidina Ali r.a. "Orang yang berakal pendek lidahnya." atau begini "Orang yang pendek lidahnya itu panjang akalnya." hmmm....
btol tu mamawana...thanks sudi menambah...
Post a Comment