PEMUDA dan PERUBAHAN



Tersentap juga apabila membaca berkenaan peranan pemuda dalam perubahan umat Islam pada dunia akhir zaman ini. Pemuda asset yang bernilai. Sangat-sangat bernilai untuk disia-siakan. Banyak tokoh syabab pada zaman Rasulullah yang terus menyahut seruan kepada membawa panji Islam di Tanah Arab pada masa itu. Ayuh kita selami peranan pemuda dalam mendaulatkan Islam.

Kata-kata Rubi'e bin 'Amir kepada Rustam, ketua angkatan bersenjata Parsi, apabila ditanya sebab kemaraan orang-orang Islam:
 "Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan agama Allah kepada mahluk Nya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan, kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah yang dijanjikan."

Subhanallah, hebatnya penangan perubahan yang ingin dilakukan ini. Kita bagaimana??

Masyarakat adalah bukan dalam kalangan kita dan kita dalah dalam kalangan masyarakat. Nak tak nak, kita perlu berusaha untuk ‘masuk’ ke dalam masyarakat kerana tidak semua dalam kalangan masyarakat faham apa yang kita faham dan tidak semua boleh menerima kaedah penyampaian kita dalam sesuatu perkara. Kata orang tak kenal maka tak cinta, tak cinta bagaimana mahu memupuk rasa hendak memeberi tahu supaya mencetuskan mahu dalam kalangan masyarakat?? Ini adalah sesuatu yang pemuda perlu fikirkan dalam menarik masyarakat kepada Islam.

Nabi saw ada bersabda tentang lima perkara sebelum lima perkara. Antaranya ialah muda sebelum tua. Yang pastinya, setiap masa muda para pemuda ikhwah dan akhawat akan ditanya. Apakah yang perlu dilakukan oleh pemuda pada hari ini.

Adakah sekadar menjadi pemuda yang biasa-biasa.

Adakah hanya berdakwah di muka buku, menge’post’ info-info tentang dakwah. Cukupkah?

Ataupun menjadi pelajar yang cemerlang untuk terus mendaulatkan Islam?

Atau hanya sekadar melakukan amar makruf nahi mungkar tanpa putus asa? Dan banyak lagi…

Semua itu kita inginkan dari pemuda pada hari ini, tetapi sudah jelaskah matlamat dakwah seorang pemuda melalui wasilah-wasilah dakwah yang disebutkan itu. Apakah yang kita ingin bawa kepada masyarakat nanti. Sekadar menjelaskan ini baik ini buruk? Ini haram ini halal? Begitukah??

Semua itu pun betul. Itulah yang sepatutnya pemuda pada hari ini lakukan. Tetapi sebenarnya masih ada lagi tanggungjawab yang lebih besar dalam kalangan pemuda hari ini. Saya sendiri sebagai orang yang masih muda masih mengejar ke arah matlamat yang besar itu. Dengan itu, pemuda akan lebih berperanan sebagai pembawa Islam kepada masyarakat iaitulah matlamat DAULAH ISLAMIAH...Inilah perubahan yang sebenarnya pemuda perlu cakna.

Namun, untuk mencapai ke arah itu, mahu tidak mahu, nak tak nak, pemuda sudah perlu bergerak dari sekarang. Jangan menunggu daulah islamiah tertegak, baru ingin berperanan. Kerana kuasa pemuda mampu membawa perubahan itu dengan didikan murabbi- murabbi senior. Namun, pemuda perlu berubah terlebih dahulu untuk mengubah negara. Langkah awal perlu dirancang dan dilaksanakan.

Berubah untuk diubah…

Pemuda perlu berubah agar negara dapat diubah.

Semuanya bermula dengan fikrah yang luas, matlamat yang jelas…

p/s : Masih perlu membaiki diri ke arah perubahan. Saya yakin dengan kuasa pemuda ini. Ingin menjadi pemuda yang mengubah….Langkah pertama perubahan pemuda ini : SOLAT...

Nota lihat fikir amal : Bakal menyusul lagi maudhu' pemuda dan perubahan, insya Allah
Nantikan : "Gopoh untuk Berubah dan Berjaya"

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...