Semalam, saya ada berborak-borak dengan seorang senior sambil berjalan kaki pulang dari jamiah. Sambil-sambil itu senior saya yang mesra dipanggil Kak Fathiyah sempat bercerita serba sedikit tentang sejarah perang Mutah.
Antara yang buat saya kagum ialah beliau memberitahu saya bahawa semasa mula-mula beliau ke Mutah, beliau ada melawat masjid yang berdekatan tapak peperangan Mutah. Masjid itu ada seorang penjaga. Penjaga itu pernah memberitahu beliau bahawa pada masa umurnya 10 tahun, di mana ketika dia menjaga masjid itu, Allah telah membuka hijabnya untuk melihat suasana perang Mutah.
Subhanallah, bagaimana dia menceritakan bahawa dia dapat melihat bagaimana gambaran para sahabat berperang menentang tentera Byzantine pada masa itu. Wallahu a'lam cerita ini sohih atau tidak, tapi saya yang mendengar terasa teruja untuk mengetahui lagi banyak tentang sejarah Mutah dan lain-lain tempat di Jordan ini.
Apapun, sama-samalah kita mengambil ibrah daripada kesan sejarah dan segala bukti-bukti kekuasaan yang Allah tinggalkan buat kita umat Islam....Lebih-lebih lagi mereka yang berada di Jordan ini. Di sini ada tempat sejarah yang Allah laknat, dan di sini juga ada tempat yang Allah muliakan. Hanya tinggal lagi diri kita yang berusaha untuk mentadabbur kekuasaan Allah bagi menambah iman kita.
Misi saya seterusnya....mengorek kisah sejarah Jordan....Moga Allah berkati dan permudahkan....Ayuh sama-sama menghayati sejarah,.....Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment