Pernahkan anda mendengar nama seperti Khubaib bin 'Adi. Beliau ialah antara sahabat yang turut sama berjuang kerana Allah. Namun, hidup sebagai pejuang tidak pernah senang dan aman. Beliau terpaksa menghadapi ancaman orang kafir sehingga dibunuh. Apa yang menyentuh hati saya ialah peristiwa ketika mana beliau ingin dibunuh.
Menurut riwayat, ketika Khubaib bin 'Adi dibawa keluar daripada kawasan Masjidil Haram untuk dibunuh, beliau telah meminta izin daripada orang kafir supaya membenarkannya untuk bersolat dua rakaaat. Selepas bersolat, beliau datang semula dan berkata kepada orang kafir itu, "Kalaulah bukan kerana kamu mungkin menyangka aku takut mati nescaya aku akan menambah lagi bilangan rakaat solatku". Beliaulah orang yang pertama yang memulakan amalan solat dua rakaat apabila hendak dibunuh. Kemudian beliau berdoa, "Ya Allah, Engkau pastikanlah bilangan penzalim ini (untuk Engkau membalas kezaliman mereka)." Kemudian beliau bermadah:
Sekiranya Allah menghendaki berkat,
Pada anggotaku yang hancur lumat,
Persetan tubuhku dibunuhku mati,
Untuk Allahlah kematianku pasti.
Wallahu A'lam
0 comments:
Post a Comment