Sebesar Zarah Pun Dikira

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, dengan izin-Nya masih lagi diberi peluang untukku terus menulis.
Semoga Allah redha....

Hari itu, aku ada terbaca buku motivasi Hilal Asyraf yang berjudul Fanzuru...
Ketika membelek helaian demi helaian, tiba-tiba aku terbaca berkenaan zarah.
Dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8 ada menceritakan barang siapa yang membuat kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dikira oleh Allah.
  Bayangkanlah, hatta sebesar itu pun tidak terlepas daripada penilaian Allah SWT, apatah lagi perkara yang kita sendiri boleh kesan dengan pancaindera kita.
Kemudian, dalam buku itu, Hilal menerangkan bahawa sebesar zarah itu memerlukan beberapa kali pembesaran mikroskop.
Bukan sekali....tapi beberapa kali.
Subhanallah!!

Justeru ayuhlah sama-sama muhasabah diri.
Sememangnya kita manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa.
Tetapi, ingatlah bahawa sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat.

Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...