Berusahalah Sehabis Daya

Salam mujahadah buat semua. Kali ini aku nak kongsikan satu kisah seorang mujahid Afghanistan, Abdullah Azam.

     Pernah satu hari Abdullah Azam meminta anak-anak buahnya untuk berlari sehabis tenaga. Maka semuanya berlari termasuk Abdullah Azam. Bila mereka telah berlari sekuat hati, mereka merasa letih, lalu ramai yang merasakan bahawa mereka sudah melakukan kerja mereka dengan sedaya upaya, lalu mereka berhenti. Namun apabila semua telah menghentikan larian, Abdullah Azam masih lagi berlari walaupun tubuhnya ketika itu sudah lemah longlai. Ramai yang meminta dia berhenti, tapi dia tetap meneruskan larian, hinggalah dia pengsan. Pengikutnya bertanya,

     "Wahai Sheikh, kenapa kau berlari sehingga pengsan?"

     "Arahan aku tadi adalah berlari sehabis tenaga, jadi aku berlari hingga tenaga aku habis menyebabkan aku pengsan."


Masya Allah, hebatnya...teringat pula masa aku di PLKN dahulu. 
Semasa merentas desa, penat sedikit dah berhenti....kemudian aku sambung larian, berhenti lagi.
Nampak sangat tak ada semangat untuk menang.
Yelah, memang bahaya kalau memaksa diri, tetapi selagi boleh berusaha, kita mesti berusaha.
Sesungguhnya takdir itu di hujung usaha manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Apabila kamu berazam , maka bertawakkallah kepada Allah"
Pernah juga terlintas perasaan menyesal kerana aku tak melakukan yang terbaik dahulu.
Kerana itulah masanya untuk kubuktikan kekuatan dan kehebatan umat Islam.
Rasulullah SAW dan para sahabat pun berperang semasa berpuasa.
Subhanallah, hebatnya!
Insya Allah jika diberi peluang sekali lagi, akan kubuat yang terbaik kerana Allah...demi Islam tercinta...

Ya Allah, pinjamkanlah aku kekuatan untuk aku buktikan pada mereka di luar sana bahawa umat Islam sentiasa boleh. Bantulah aku dan para pejuang yang lain untuk terus menegakkan kalimah tauhid di atas bumi yang fana ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Esa. Amiin...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...