Pandangan Yang Aneh Buatku

Hari Jumaat yang lepas, aku pulang ke kampung sebelah abah.
Agak lama juga tak balik ke kampung...Rindu la budu, daging salai, kerabu, dan macam-macam lagi masakan kampung.

Kebetulan, hari itu ada pasar minggu.

Aku ni jarang sangat pergi pasar minggu...pasar minggu kat rumah pun dah lama tak tinggalkan jejak kaki.

Aku ke pasar minggu kampung abah dengan adik-adik perempuan aku dan seorang akak senior bekas pelajar SMAASZA.
Dia pun anak jati kampung tu.

Tatkala kaki kami melangkah setapak demi setapak ke pasar minggu tu, kami rasa lain macam je.

Aku yang memang pemalu...(pemalu ke?) rasa dah tak sedap hati.
Aku rasa diperhatikan.

Adikku yang seorang tu dah mula tanya di mana shortcut untuk balik semula ke rumah atuk.

Yelah, malu dengan pandangan aneh orang sekeliling terhadap kami.

Barulah aku perasan bahawa dalam ramai-ramai orang hanya aku, adik-adikku dan akak senior sahaja yang memakai baju kurung dan jubah beserta jilbab labuh.

Rasanya dah tak salah, tapi hal itu merupakan satu keanehan buat mereka yang mungkin masih kurang mengerti perihal menutup aurat yang sempurna.

Inilah yang dikatakan dalam hadis Rasulullah SAW riwayat Muslim yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang- orang yang asing".

Tak apalah walau kami dipandang aneh...Sesungguhnya kami nak menjadi orang-orang asing itu..
Ayuh menjadi 'orang asing' bersamaku dalam meneruskan syariat Islam di zaman Jahiliyah moden ini.
Doaku semoga mereka yang menganggap ajaran Islam itu sesuatu yang asing untuk diamalkan mendapat petunjuk dari Allah.
Ya Allah kekalkanlah hidayah-Mu dalam diriku yang hina ini...Amiin!

3 comments:

mari mnjadi yg asing, jgn jd makhluk asing, ye..
tp hakikatnya bgtu la,,
kite makhluk Allah semuanya, kan...
"...yg demikian itu ialah supaya mereka dkenali sehingga x diganggu ... " al-ahzab:59
hikmah berjilbab, indah sebenarnye..
:).. mge kite smua, istiqomah~~
salam perjuangan..
p/s: bimbing ana jugerp.:)

InsyaAllah, mari menjadi 'orang asing'.
Btul2, jrg skali tgk org pkai tdg labuh pegi jln2. tu br pasar minggu, x lg shopping mall yg bsr2.
xpe2, biar kite jd role-model utk org lain.

p/s: mizah n fatimah : wlaupun duk kt jrdan jgn lupe kirim doa buat diri di sini.

Hamizah: Btol tu...indhnye hikmah tutup aurat
Mizah tgk2 kn ana juge...tlg tarik ana lw ana jauh dr-Nya ye..

Hakimah: I'Allah kimah, kami tak kn lupe nti..
Doakn kami juge...uhibbukifillah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...