Suatu hari dua cucu Rasulullah SAW, Hassan dan Hussin melihat ada seorang pak cik tua yang sedang berwudhu' tetapi wudhu'nya itu tidak berapa sempurna. Mereka tidak tahu cara apakah yang terbaik untuk menegur pak cik itu. Lalu, mereka mengadakan pertandingan wudhu' siapakah yang paling sempurna. Jadi mereka meminta pak cik tua itu untuk menghakimi pertandingan itu. Pertandingan selesai dan pak cik itu mendapati kedua-dua mereka berwudhu' dengan sempurna. Pak cik itu mengenali mereka berdua merupakan cucu Rasulullah SAW. Melihatkan wudhu' mereka berdua yang cukup sempurna, tahulah pak cik itu kini bahawa wudhu'nya selama ini tidak sempurna.
Lihat, nak berdakwah mestilah berhikmah. Tetapi berhikmah dalam berdakwah memerlukan seni. Seni ni pula bukan senang untuk dipelajari...Semoga Allah membantu kita dalam berdakwah secara berhikmah...
Wallahu A'lam
Ya Allah, kumohon pada-Mu, bantulah aku dalam menegakkan agama-Mu...Sesungguhnya aku benar-benar ingin membantu saudara-saudara seagamaku untuk sama-sama mendekati-Mu dan terus memperjuangkan agama-Mu...Amiin Ya Rabbal A'lamiin...
0 comments:
Post a Comment