Alhamdulillah, hari ini dengan izin Allah, sekali lagi aku menjejakkan kaki ke madrasah tercinta, SMKAKA...
Walaupun hanya menjengah sebentar di musolla Ar-Rahman, rinduku terhadap sekolah, murabbi, sahabat-sahabat dan adik-adik junior terubat sedikit.
Musolla Ar-Rahman semakin cantik berbanding tahun lepas...moga tahun ini johan lagi 'Anugerah Surau Terbaik', Insya Allah.
Tadi pun sebenarnya aku agak janggal ketika memberi tazkirah kepada adik-adik...
Dah lama tak bercakap depan mereka...
Dah lama tak bercakap depan mereka...
Penyampaian walaupun kurang memuaskan, tapi diharapkan kepada adik-adik yang hadir tadi dibuka pintu hati oleh Allah untuk menerima sedikit walau tidak banyak cahaya ilmu daripada-Nya..
Tapi, yang menyedihkannya....aku tak ingat semua nama adik-adik junior..
Tak tahulah kenapa Allah tak izin untuk ingat...hanya sebahagian sahaja yang ingat...
Mungkin peringatan dari-Nya untuk lebih menguatkan ukhuwah antara aku dan adik-adik junior.
Sori, adik-adik....Insya Allah akak akan cuba perbaiki kelemahan akak yang satu ini...
Moga aku dapat terus berbakti pada sekolah tercinta dan warganya walaupun kini sudah menjadi bekas pelajar...
Apa pun, SMKAKA tetap di hatiku....^__^
2 comments:
ya ALLAH, rndunye.
sedih bangat. :-)
seronoknya...nk gi gok
bila la lg ana dpt gi kaka?
x pelah...moga doa dr jauh dpt hilangkn rinduku pd sekolah t'cinta:)
Post a Comment