Hari ini adik aku yang ke...(tak ingat ke berapa) oh, keempat iaitu Sarah, pulang awal dari sekolah.
Yelah, selalunya dia pulang lewat.
Dalam pukul 4 petang baru pulang.
Apabila time disuruh solat asar, mulalah di start nak tidur.
Kadang-kadang sengaja aku biarkan dia tidur kerana aku tahu dia penat.
Tapi, itulah, takkanlah nak suruh dia lewat solat pula.
Sedih juga sebenarnya...baru darjah lima, dah pulang lewat....
Pagi sekolah, petang kelas kafa, malam pula kelas malam.
Letih memang letih...
So, tadi aku suruh dia tidur....tapi dia tak mahu...
Aku 'ugut' dia "kalau tidur nak dekat Asar nanti, siaplah"...He3x...
Teringat pula zaman sekolah dulu...
Selalu balik lewat...
Kalau dibenarkan pulang awal ke asrama pun, tetap pergi ke sekolah...
Nak siapkan kerja yang masih bertimbun-timbun...
Sebenarnya hati berdebar-debar...
Entah macam manalah agaknya kehidupan di kampus nanti...
Agaknya ada masa atau tidak untuk tidur dan berehat...
Masa duduk asrama dulu, perkara yang paling diimpikan ialah TIDUR.
Tapi, itulah nak berjaya kenalah berkorban kan??
Ya Allah bantulah hamba-Mu ini supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu kerana-Mu.
Kuatkanlah hatiku andai aku terpaksa berkorban segala-galanya untuk berjaya.
Demi agama-Mu, demi perjuangan yang tak pernah sudah ini, demi keluarga dan masyarakat...
0 comments:
Post a Comment