دعاء الوحده ... جهاد في سبيل الله

Hayatilah video ini...
Semoga dapat menaikkan semangat kita untuk berjuang demi agama Allah.
Insya Allah, sama-sama kita praktikkan..
!!! تكبير الله اكبر



الحب الى الله

Apakah itu cinta?
Oh ! Sukar untuk ditafsirkan.
Ini pandangan ana mengenai cinta...

    Cinta,
    Tiada kata untuk menggambarkan cinta,
    Lain insan, lain pengertiannya,
    Kasih sayang, keindahan, ketenangan,
    Itulah cinta....

    Namun,
    Ramai yang terleka dan sengsara kerana cinta,
    Kerana cinta agama terpekosa,
    Kerana cinta keluarga derita,
    Kerana cinta ukhuwwah ternoda,
    Segalanya kerana cinta...

    Ingatlah, sedarilah,
    Cinta hanya untuk Allah,
    Kerana Dialah pencipta cinta,
    Hanya Dia yang layak dicinta,
    Kerana cinta-Nya, kita kenal Islam,
    Kerana cinta-Nya, kita ikut Rasulullah,
    Kerana cinta-Nya, kita rasai ukhuwwah,
    Kerana cinta-Nya,kita tempuh jalan dakwah.



    Carilah cinta Allah,
    Cintailah Dia melebihi segalanya,
    Taatilah perintah-Nya,
    Jauhilah larangan-Nya,
    Hayatilah ayat-ayat cinta-Nya,
    Nescaya Dia juga mencintai kita.

    Cinta kepada manusia takkan selamanya,
    Cinta kepada dunia mealpakan jiwa,
    Cinta kepada harta diri terleka,
    Cinta kepada agama membawa ke syurga...

    Ya Allah Yang Maha Penyayang,
    Aku ingin jatuh cinta kepada-Mu,
    Hadirlah cinta-Mu dalam diriku,
    Hadirlah rindu-Mu dalam setiap detik hidupku,
    Hanya Engkau yang layak dicinta,
    Kerana Engkaulah penciptaku,


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Semoga hidup kita diisi dengan cinta Ilahi.
Cinta yang kekal membawa kita ke syurga firdausi.  
والله اعلم...انشاء الله    
   
   


 

Hidup vs Mati

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.
      Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
      Kita jangan takut mati.
Jangan mencari mati.
     Jangan lupakan mati.
Tapi rindukan mati.
     Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup.
     Tapi mati adalah awal cerita sebenarnya.
Maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Ayuhlah mengingati mati dan bersedia untuk mati.
Orang yang selalu ingat mati ialah orang yang paling bijak.
Renungilah firman Allah dalam Surah Al-Ankabut, 57 :
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan"



... والله اعلم

Rindu Azan Maghrib

Seseorang yang berpuasa sedang berehat di waktu tengah hari dengan mengikuti siaran radio yang dikendalikan oleh seorang deejay. Tema program ialah "Apa yang ingin didengari oleh pendengar". Ketika panggilannya disambut oleh deejay bertugas, dia ditanya apa yang ingin didengarnya.
     "Azan Maghrib," jawabnya ringkas.

Iktibar : Bersabarlah dalam mengerjakan ibadah puasa...Sesungguhnya dalam kesabaran ada kenikmatan dan ganjaran.

والله اعلم

Don't Laugh Too Much

Orang yang beriman sentiasa taat perintah Allah.
Dia sentiasa mengingati mati dan sedaya upaya melakukan kebaikan kerana Allah.
Dia juga sentiasa menangis di hadapan Allah, memohon ampun atas dosa-dosa yang dilakukannya.
Hatinya sentiasa merintih kepiluan mengenang nasibnya di akhirat kelak...

Itulah antara pengisian jiwa orang-orang yang soleh.
Namun, amat berbeza sekali dengan diri kita pada hari ini.
Ramai yang terleka, lagho, alpa dengan keasyikan dunia.
Hari-hari mereka sentiasa diisi dengan gelak ketawa dan riang ria di hati.
Mereka tidak pernah mengingati mati bahkan cuba mengelak untuk bercakap tentang hal itu.
Ah, mati lambat lagi...aku belum tua lagi...masih muda!

Ayuhlah hamba-hamba Allah sekalian...
Jomlah ingat mati dan banyakkanlah menangis kerananya.
Bukan menangis kerana putus cinta, menonton filem Hindustan, membaca novel jiwang dan sebagainya yang langsung tidak membawa antum kepada Tuhan Semesta Alam..

Di sini suka untuk ana kongsikan beberapa ayat, hadis, dan kisah-kisah para Nabi dan para sholihin untuk kita jadikan renungan dan iktibar...

"Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan"
( Surah At-Taubah : 82 )

"Dan mereka tersungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuknya"
( Surah Al-Isra' : 109 )

Abdullah bin Mas'ud berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah orang beriman yang dari matanya keluar air mata sebesar kepala lalat kerana takut kepada Allah, kemudian dia mengenai kulit mukanya, melainkan Allah mengharamkan atasnya api neraka".

Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka : mata yang menangis kerana takut kepada Allah  dan mata yang malam hari berjaga ( kerana peperangan ) di jalan Allah.

Ibnu Abbas r.a ditanya tentang orang-orang yang takut ( kepada Allah ). Jawabnya, "Hati mereka gembira dengan rasa takut, mata mereka sentiasa menangis. Mereka mengatakan , "Bagaimana mungkin kami gembira, sedangkan kematian berada di belakang kami, kubur berada di hadapan kami, kiamat telah dijanjikan buat kami, di atas neraka jahannam jalan kami, dan di hadapan Allah kami berdiri teguh".

Pada suatu ketika Hasan Basri berjalan melalui seorang pemuda yang hanyut dalam gelak ketawa, padahal dia sedang duduk bersama orang ramai di suatu majlis. Lalu dia ditegur oleh Hasan, "Wahai pemuda, apakah engkau telah melalui Shirath ( titian yang terletak di atas neraka jahannam )?" Jawabnya, "Belum."
Hasan berkata, "Maka mengapa engkau tertawa terbahak-bahak?" Maka, setelah itu, pemuda itu tidak lagi dilihat tertawa terbahak- bahak.

Berdasarkan kisah-kisah di atas, ayuhlah kita kembali kepada Allah dengan menginsafi diri dan bertaubat kepadaNya.
Tidak salah jika ketawa, namun berpada-padalah, jangan sampai lalai daripada mengingati Allah S.W.T.
Don't laugh too much but crying a lot for Allah!
...والله اعلم

Personal ERIC

Hari sekolah dah seminggu start..
Alhamdulillah, walaupun kena urus orientasi budak2 form 1,tapi tak lah miss kelas sangat.
Ana nak cerita pasal Personal ERIC..
Apa tu???
Subject English di kelas ana diajar oleh Teacher Norulakma.
Dia seorang yang sporting, kelakar baik...
Ada satu masa tu Teacher bagi kami sekelas homework.
Homework tu ialah Personal ERIC..
Ha???Kami tercengang...
Rupa-rupanya Personal ERIC tu ialah :
Eliminate, Reduce, Improve, Create
Teacher suruh kami tulis apa yang kami nak buang, kurangkan, baiki, dan nak bina dalam diri kami untuk tahun ini..
Kira-kira macam check list muhasabah dirilah...
So, kami pun buat dan Teacher pun baca Personal ERIC semua budak dalam kelas ana...
Macam-macam benda yang nak buang, improve, create dan reduce..
Rasionalnya, Personal ERIC ni satu cara yang bagus untuk perbaiki kelemahan diri dan muhasabah kembali apa kekurangan kita..
So, ana sarankan antum cuba buat Personal ERIC sendiri dan lihat setakat mana kita dapat membaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.
Apa pun thank you Teacher Norul atas ilmu yang diberi yang ana rasa amat berguna buat semua..
Sebelum itu, suka untuk ana kongsi satu hadis daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Sesiapa yang berubah ke arah kebaikan kerana Allah, Allah akan menggantikan dirinya sesuatu yang lebih baik"

Jadi, sekali lagi ana menyeru kepada antum agar sama-sama meninggalkan perkara mungkar yang tidak diredhai Allah ke arah kebaikan agar kita mendapat sesuatu yang lebih baik daripada Allah, Insya Allah.
Wallahu A'lam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...