Kata-kataku Akan Diuji

Salam Israk Mikraj buat semua...
Hari ini 27 Rejab...sama-samalah kita perbanyakkan istighfar dan berdoa agar diteguhkan iman untuk terus beramal di bulan Rejab dan Syaban, seterusnya disampaikan ke bulan Ramadhan, Insya Allah..


Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata sahabatku tempoh hari, Wan Nur Syakira.
Beliau ada mengatakan bahawa kita akan diuji dengan setiap kata-kata yang kita lontarkan.
Aku begitu terkesan dengan kata-katanya.
Terima kasih sahabat atas nasihatmu itu.
Aku tiba-tiba jadi takut....
"Setiap kata-kataku akan diuji kembali"
Aku kembali terfikir.....
-Adakah apa yang aku cakap dan nasihat kat orang lain... aku ada buat?
-Apakah aku dah buat benda tu sebelum dipesan kepada insan lain?
-Dah bersedia ke aku  untuk menanggung apa yang kuperkatakan?
Sungguh aku takut bila mengenangkan hal itu.

Apatah lagi Allah ada berfirman yang bermaksud :
"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."
(Surah As-Saff : 3&4)

Aku takut...
Ya Allah janganlah Kau uji dengan apa yang aku tak mampu laluinya...

Ayuh Kukuhkan Akidah Kita

Salam mahabbah buat semua...
Insya Allah, saya ada sesuatu untuk dikongsi dengan anda berkenaan akidah.
Hari tu, saya ada dengar ceramah dalam radio berkenaan akidah oleh Ustaz Azhar.
Kita sebagai hamba perlu betul-betul menjaga akidah supaya kukuh sekukuh-kukuhnya.
Saya tertarik dengan contoh yang diberikan oleh beliau.


Antaranya beliau menekankan perihal kenyang.
Katanya, yang memberikan kenyang itu hanyalah Allah SWT.
Makanan yang kita makan seperti nasi, buah dan sebagainya hanya menjadi sebab kepada kenyang.
Sebab itu kalau kita perhatikan, ada orang yang makan sedikit tetapi cepat je kenyang, bahkan yang tak makan pun lambat lapar.
Ada pula yang makan banyak tapi tak kenyang-kenyang.
Ini kerana kenyang itu datang daripada Allah SWT, bukan makanan yang dimakan.


Perkara lain lagi yang ditekankan oleh Ustaz Azhar ialah api.
Seperti yang diketahui, api sifatnya membakar.
Tapi, yang benar-benar membakar sesuatu itu ialah Allah SWT.
Api hanyalah sebab kepada sesuatu bahan itu terbakar.
Sebab itu kalau kita kembali kepada kisah Nabi Ibrahim a.s, walaupun dibakar dalam tempoh yang lama dan api yang sangat marak, tapi, Nabi Ibrahim a.s tidak hangus terbakar.
Kenapa tuan-tuan dan puan-puan??
Kerana yang membakar sesuatu benda ialah Allah SWT, bukannya api...sebab itu dengan izin-Nya, Nabi-Nya tidak terbakar dalam api.


Itu adalah antara contoh yang diberikan oleh Ustaz Azhar .
Sebenarnya contoh-contoh lain ialah apa yang berlaku dalam diri kita sendiri.
Oleh itu, kesimpulannya, saya nak mengajak diri saya dan anda semua untuk sama-sama perkukuhkan akidah kita.
Sesungguhnya apa yang terjadi ini adalah kehendak Allah SWT.
Kita sebagai manusia merangkap hamba-Nya hanya mampu berusaha sedaya yang mungkin.
Firman Allah yang bermaksud : 
"...Sebenarnya segala urusan itu milik Allah..."
(Surah Ar-Ra'd : 31)


Ayuh sama-sama bina dan kukuhkan lagi akidah kita.
Semoga di bawah rahmat-Nya selalu...amiin!!
Wallahu a'lam...

Wasiat Guru Tarikat

  • Orang yang banyak bicaranya, janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan, janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
  • Orang yang banyak bergaul, janganlah kamu harapkan sangat ibadahnya.
  • Orang yang cinta akan dunia, janganlah kamu harapkan sangat akan husnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh, janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang berkawan dengan orang yang zalim, janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredaan manusia, janganlah kamu harapkan sangat keredaan Allah darinya.

p/s : Aku ni bukanlah pengikut mana-mana tarikat...tapi kebetulan semasa di masjid Unisza hari tu ternampak artikel ini di papan tanda masjid...
Semoga dapat sama-sama renungkan dan mengambil kebaikan darinya...Insya Allah!!

Hidupkan Dirimu dengan Mengingati Allah

Salamullohi a'laikum warahmatullohi wabarokatuh....

Hari ini saya nak kongsi sedikit ilmu dengan anda semua berkenaan istighfar.
Mungkin kelihatan simple, tapi semoga dapat  kita beramal walau sekecil-kecil perkara.
Semoga Allah redha selalu.

Semasa menghadiri program HIMEGA baru-baru ini di UIAM, ada satu slot perkongsian bersama seorang lepasan Khassah.
Saya dah lupa nama beliau, asif jiddan....
Sebelum beliau memulakan perkongsian menarik beliau, beliau terlebih dahulu mengajak diri beliau dan semua penonton untuk sama-sama beristighfar sekejap.
Katanya, semoga apa yang dia akan perkatakan lahir dari hati ke hati, bukan sekadar omongan kosong.
Masya Allah...saya yang melihat, terpegun dengan kaedah penyampaian beliau.

Begitu juga apabila menghadiri usrah dengan mana-mana naqibah sama ada di sekolah atau universiti, naqib dan naqibah saya terlebih dahulu akan membacakan sepotong atau beberapa kerat kalamullah untuk dihayati bersama makna dan isi kandungannya...
Subhanallah, hebatnya jiwa orang yang mengajak insan lain mengingati-Nya.

Allah berfirman : "Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
Dalam apa jua keadaan, di mana-mana sahaja dan bila-bila masa...
Bulan Rejab makin berlalu untuk memberi laluan kepada bulan Syaaban dan seterusnya bulan Ramadhan...
Ayuh jangan buang masa....
Semoga sama-sama mengingati Allah...

Wallahu A'lam

Ucaplah Apa Yang Betul

Salam ukhuwwah buat pengunjung blog ini.
Maaf dihulur kerana dah lama tak update, Insya Allah, akan ku cuba untuk istiqamah dalam dunia penulisan ini.
Moga Allah sentiasa redha....Amiin!!
Hari ini aku nak kongsikan sesuatu perkara dengan anda semua.
Hari itu, semasa menjalani kursus bahasa arab, dalam kelas nahu, Ustaz Talib ada tanya kami,
"Faham tak lagi?"
Tapi, kami menjawab, "Insya Allah"
Kemudian, Ustaz Talib menegur kami....
Katanya," Kalau kita dah faham, ucaplah Alhamdulillah, bukannya Insya Allah."
Teguran Ustaz Talib kelihatan simple, tapi memberi makna yang besar dalam diriku.
Benar, apabila Allah telah mengurniakan kefahaman kepada kita, ucaplah Alhamdulillah, tanda kita syukur kepada-Nya.
Jikalau kita masih belum faham, bilang aja nggak tau...nggak usah malu-malu segala sih....


Ada satu lagi yang ingin aku kongsikan di sini, sahabat aku daripada kursus yang sama selalu menegur berkenaan kesalahan istilah.
Namanya Ezah Syahira....memang pantang kalau salah sebut, pasti terus ditegurnya.
Satu hari, ada dalam kalangan kami mendapat sesuatu berita yang kurang menyenangkan, lalu menyebut, Masya Allah.
Lantas ditegur oleh Ezah....malah perlu menyebut Innalillahi wa inna ilaihi rojiu'un....kerana penggunaan Masya Allah tidak sesuai untuk perkara buruk yang berlaku ke atas kita.
Ataupun apabila kita melihat sesuatu yang dibenci, hendaklah menyebut La haula wala kuwwata illa billah...
Dan lafaz-lafaz yang sesuai dengan maksudnya dan situasi yang dialami....


Jadi, ayuhlah guna istilah yang betul.....Walaupun nampak kecil....tapi, kecil-kecil lama-lama jadi bukit.
Jangan dipandang sebelah mata sesuatu perkara yang kecil kerana ingatlah bahawa bukit itu berasal daripada batu-batu yang kecil.....
Wallahu A'lam....
Semoga apa yang dikongsi bermanfaat untuk semua di dunia dan akhirat....

Nak Jadi Macam Semut

Hari tu, semasa sedang berhalaqah bersama sahabat-sahabat, aku ternampak banyak semut yang berkeliaran di sekitar kawasan.
Tiba-tiba aku perhatikan, ada seekor semut sanggup bersusah payah untuk membantu semut yang lain yang sudah dipijak orang.
Semut itu berusaha sedaya mungkin untuk mengusung rakannya yang sakit itu.
Apabila ia tidak mampu untuk mengangkat rakannya, ia akan meminta bantuan semut yang lain menerusi isyarat sesungutnya itu.
Kemudian, aku perhatikan ada beberapa ekor semut yang berjalan sambil membawa rakan semut lain yang tidak berdaya di atas belakang badannya.
Subhanallah, betapa haiwan yang sekecil itu sangat mementingkan rakannya yang lain melebihi dirinya sendiri.


Inilah sebenarnya yang dikatakan sebagai “ithar”, iaitu tingkatan tertinggi dalam ukhuwah Islamiah.
Apakah itharIthar bermaksud mengutamakan orang lain sewaktu diri sendiri menghajatkan sesuatu keperluan. Ithar adalah suatu sifat yang mulia, juga sifat yang telah disebutkan dalam sebuah hadis sahih, daripada Anas bin Malik r.a, yang mana Rasullullah saw bersabda (maksudnya):

"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."
(Riwayat Bukhari)

Malu rasanya apabila mengenangkan diri ini yang sedikit sangat sifat mengutamakan kepentingan insan lain daripada diri sendiri.
Aku malu...malu....malu sangat-sangat dengan semut yang lagi sayang rakannya, berbanding aku...manusia yang dianugerahkan akal oleh Allah SWT...
Aku nak jadi macam semut....
Ya Allah, jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-Mu...terutamanya nikmat ukhuwah antaraku dan insan-insan yang lain....Amiin...

Pertemuan Yang Tidak Dirancang

Salam mahabbah dan salam ukhuwwah buat semua.
Alhamdulillah wasyukurillah...Bertemu kembali dalam blog lihat fikir amal.
Syukur sangat-sangat kerana Allah masih mengizinkan aku untuk terus istiqamah dalam dunia maya ini.
Semoga Allah redha dengan apa yang kulakukan ini dan memberkatinya, Insya Allah.
Sedar tak sedar, tinggal lebih kurang enam hari lagi aku dan sahabat-sahabat berjuang di bumi UNISZA yang dulu dikenali sebagai KUSZA.
Selepas aku keluar dari sini, akan bermulalah satu episod baru dalam hidupku kerana dari situ aku akan menghitung hari untuk terbang ke bumi anbiya', Insya Allah.
Dalam hematku, sebulan sebenarnya tak cukup untuk membuat persediaan bagi  meneruskan jihad menuntut ilmu.
Apapun, harap-harap selepas ini, aku akan lebih tekun menyiapkan diriku untuk ke sana tak kira dari segi fizikal atau mental.

Kebetulan, pada 6 Jun baru-baru ini, telah diadakan pendaftaran pelajar baru lulusan diploma di Unisza.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku, Hamizah, Hajar, dan Shofiyyah berkesempatan untuk beretemu sahabat-sahabat lama.
Aku ada la jumpa dengan Zikrina, Kamaliah, Farah Deena, dan Wan Nusaibah Asiah yang menyambung pelajaran di Unisza. Cuma Syahirah Nordin yang belum jumpa lagi.
Tak lupa juga Ustaz Sulaiman, ustaz di SMKAKA.....aku jumpa beliau di Mydin je, tapi best...rindu pula pada sekolah lama....
Apapun, all the best buat sahabat-sahabat tercinta.....dan juga sahabat-sahabat yang masih berada di zaman persekolahan.
Semoga Allah merahmati kita semua dan izin-Nya, kejayaan akan menjadi milik kita.

Wallahu Taa'la A'lam

Kerdilnya Diriku

Alhamdulillah, setakat ini kursus pengukuhan bahasa arab aku dan sahabat-sahabat di Unisza masih berjalan baik.
Semua madah yang diambil di sana yakni nahu, imla', akhbar, istilah bahasa arab, hiwar, mutola'ah, dan bahasa ammi sangat menyeronokkan.
Cuma apabila berada di sana terasa kekerdilan diri kerana terlalu ramai insan yang hebat-hebat.
Harap-harap aku boleh jadi hebat seperti mereka.
Kadang-kadang rasa malu pun ada semasa nak bertanya sesuatu yang tidak difahami.
Mana tidaknya, apa yang ditanya seolah-olah sesuatu yang tidak patut ditanya, remeh sangat.
Tapi kalau tak bertanya nanti sesat jalan.
Tak apalah, nak jadi hebat kena mulakan dengan jadi biasa-biasa dulu.
Yang penting berusaha, berusaha dan terus berusaha....
-Man jadda wajada, wa man zaroa' hasoda-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...