Moga rezeki ini bukan istidraj


Alhamdulillah, syukur sangat-sangat akan nikmat yang Allah kurniakan sekarang ini.
Hendak diungkapkan satu persatu tidak terdaya rasanya.
Ya Allah, terlalu banyak. Banyak sangat.
Dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Nikmat wang ringgit, keperluan hidup.
Ketenangan, kebahagaian, kepandaian.
Ukhuwah, kasih sayang.
Banyak, banyak, banyak sangat.
Syukur, syukur, syukur....
Tapi cukupkah kalimah syukur itu?
Sekadar menyebut 'Alhamdulillah'?
Saya takut satu hal.
Saya dapat nikmat, tapi diri masih berbuat maksiat.
Saya bimbang itu adalah istidraj...
Diberinya nikmat, padahal nikmat itu tanda Allah benci akan hamba-Nya.
Sabda baginda s.a.w yang bermaksud :
“Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah S.W.T.” (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)

Moga apa yang saya dapat ini bukanlah istidraj dari Allah.
Moga apa yang anda nikmati saat ini juga bukan istidraj.
Moga ianya adalah rahmat-Nya buat hamba-Nya yang bertaqwa.
Insya Allah, redha, bukan murka.
Wallahu a'lam...

Short post : Senyum meleret cakap soal kahwin


Apabila berbicara soal kahwin, pasti hati berbunga-bunga. Barangkali dah ada yang mengisi hati. Pelbagai ragam para remaja apabila isu ini dibangkitkan.

" Aku tak boleh kahwin lagi la, mak ayah tak bagi, kalau mereka bagi lampu hijau, pasti dah kahwin aku ni"
"Alah, malas la nak pikir kahwin-kahwin ni, muka takde rupa, tak de orang hendak punyer"
:Aku nak kahwin, tapi terikat dengan perjanjian tak boleh kahwin"
"Kome ni, kalau cakap pasal kahwin, laju aje ye!"

Bla..bla..bla..macam-macam.

Tak kisah la apa pandangan tentang kahwin, tapi tidak dapat dinafikan topik ini agak digemari ramai orang, baik dari kecil sampai ke dewasa, bahkan apabila "kahwin semasa belajar : pro atau kontra" dijadikan tajuk perdebatan, kecoh dewan perdebatan dibuatnya.

Apapun, ada orang yang asyik berangan hendak berkahwin tapi persediaannya sifar. Pelajar luar negara pula tidak kurang ketinggalan membincangkan isu ini. Biarlah, kalau bagi seseorang itu kahwin semasa belajar itu baik ataupun sebaliknya, itu haknya...namun, persediaan dari semua sudut perlu dilaksanakan dengan jayanya.

Perkahwinan tujuannya kerana Allah, melaluinya keluarga sakinah bakal tercipta, melaluinya bakal mujahid dan mujahidah dilahirkan, melaluinya cinta pada-Nya diperhebat untuk menegakkan syariat Islam. Usah diperlekeh akannya. Nampak mudah namun kesannya panjang.

Namun, janganlah disia-siakan masa mudamu dengan perkara yang dilarang. Couple atau mengayam cinta yang tidak halal harus dilupakan. Persediaan ke arahnya bukanlah dengan sibuk mencari siapa yang bakal menjadi pendamping hidup tapi yakinlah janji Allah, insan yang baik pasti dijodohkan dengan insan yang baik juga.

Oleh itu, saya menyeru bagi yang masih belum ke arah rumah tangga, rebutlah cinta Allah, semaikanlah cintamu kepada keluargamu dan sahabt-sahabatmu. Jangan bimbang soal itu, andai ada jodoh tidak akan ke mana. Jadilah soleh dan solehah, pasti yang soleh dan solehah akan Allah hadirkan buatmu, insya Allah.

P/S : saya terpanggil untuk menulis hal ini tidak bermakna 'masaku' sudah tiba, tapi memandangkan ramai yang asyik berbicara hal ini membuatkan saya turut membicarakannya. Pointnya di sini, jangan asyik cakap hal kahwin, tapi belajar entah ke mana, ibadah entah ke mana. Usaha mencari jodoh perlu, tapi biarlah usaha kita itu adalah dengan mempersiapkan diri menjadi hamba yang soleh dari semua sudut yang bakal membina keluarga yang diredhai-Nya suatu masa nanti.

Celikkah kita Isu Murtad??

Alhamdulillah wasyukurillah, masih diberi ruang dan peluang untuk mencoret sedikit walaupun tidak banyak. Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah ditaklifkan untuk mengkaji satu isu berkenaan murtad, punca dan resolusinya. Sebelum ini, bagi saya isu ini sudah lama dan agak lapuk untuk dibincangkan, tetapi hakikatnya angka murtad di Malaysia sahaja sudah meningkat.

Saya pun masih belum mampu untuk menghuraikan hal ini dek pengetahuan yang masih perlu banyak ditambah. Cumanya, saya menulis post ini kali ini adalah untuk mengajak anda supaya celik akan isu murtad ini. Adakah salah mereka yang murtad andai minat mereka terhadap Islam berkurang kerana keruntuhan akhlak umat Islam itu sendiri?? Adakah salah mereka yang muallaf tetapi kembali semula ke agama asal mereka kerana mereka diabaikan dan disisihkan tanpa didikan?? Salahkah anak muda yang murtad kerana keluarga yang kurang menekankan perihal agama??

Salah siapakah isu murtad ini berleluasa??Hakikatnhya, tidak usahlah kita saling menuding jari mencari siapa benar siapa salah tetapi koreksi dan muhasabahlah diri kita. Adakah kita sudah melakukan tanggungjawab kita sebagai muslim dalam membantu mereka? Adakah kita sudah menunjukkan cara hidup Islam yang sebenar kepada masyarakat?? Apakah yang telah kita lakukan dalam membendung isu ini??

Ya! Kita marah apabila timbulnya satu cadangan penubuhan suruhanjaya antara agama akan menggugat kepentingan umat Islam di Malaysia ini. Kita juga geram apabila gerakan kristianisasi dikatakan merebak di negara kita Namun tanpa kita sedar, sejauh manakah kita mengetahui angka orang yang murtad dan kenapakah mereka beria-ia hendak murtad??

Oleh yang demikian, ayuh kita bangun dari tidur yang lena dan mimpi yang indah. Isu murtad bukanlah satu perkara yang main-main. Sama-sama kita buka minda dan fikiran kita dengan mengkaji tentang isu ini. Walaupun kita mungkin tidak mampu untuk berjuang habis-habisan untuk membendung isu ini, cukuplah andai kita berdoa moga Allah terus memberi taufik dan hidayah kepada kita dan mereka yang murtad untuk terus berada dalam iman. Doakan juga moga kita mampu menjadi muslim yang benar-benar melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Moga-moga kita bukanlah orang yang menjadi punca isu murtad ini berlaku. nau'dzubillah... Ayuh sebarkan kebenaran walaupun ianya pahit, dan berhati-hatilah dalam menerima kebatilan kerana ia sebenarnya tidak manis. Sama-sama lihat, fikir dan amal. Wallahu a'lam.





Ya Allah, bantulah umat Islam di Syria

Alhamdulillah, di kala saudara Islam kita di negara lain seperti Syria yang sedang bergolak hebat, kita masih diberi nikmat untuk hidup dalam keadaan aman, moga kita akan terus hidup dan mati dalam iman dan ketaqwaan kepada Allah.

Syria sedang bergolak?? Ya! tetapi wallahu a'lam sejauh mana kekecohan yang berlaku di sana. Namun, tidakkah kita tahu bahawa mereka adalah saudara seIslam kita. Lantas, adakah dalam keamanan negara yang kita kecapi, kita masih seronok duduk goyang kaki di bilik? "Habis itu takkan perlu ke sana angkat senjata menyerang tentera zalim di bawah kuasa Basyar?"

Kita mungkin tidak mampu untuk melakukan sedemikian, bukan sahaja untuk umat Islam di Syria, bahkan di Palestin, sempadan Thailand bahkan di negara-negara Islam lain yang tertindas. Namun, ada satu senjata yang perlu kita angkat untuk membantu mereka yang tumpahnya darah mereka secara tidak halal, iaitulah senjata yang paling ampuh.

Senjata itu ialah.....

DOA...DOA...DOA...

Hanya itu sahaja yang kita mampu lakukan. "Alahai, doa je pun...ingatkan senjata hebat mana tadi"...Ingat, walaupun hanya sepotong doa, walaupun cuma terdetik dalam hati kecil kita, Allah itu Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa. Allah suka pada mereka yang berdoa kepada-Nya. Dan yakinlah kita bahawa Allah pasti akan memakbulkan doa kita. PASTI!!!


Jadi, saya menyeru dan merayu pada anda semua, sama-samalah kita menadah tangan memohon doa pada Yang Esa. Dialah yang Maha Menyatukan umat Islam. Dialah yang Maha Membantu umat Islam. Berdoalah moga seluruh umat Islam di dunia ini, khususnya yang tertindas bahkan di Malaysia diberi kekuatan untuk menghadapi golongan yang zalim serta diberi kemenangan dalam menegakkan Islam.

Satu masa nanti, kita akan ditanya apakah yang kita lakukan untuk saudara seIslam kita? Walaupun kita tidak dapat menyertai mereka dalam berperang, cukuplah sekadar untaian doa yang dipanjatkan buat mereka. Moga Allah menilai doa kita sebagai ibadah dan salah satu bukti cinta kita pada saudara seIslam kita.

Ayuh! Berdoalah buat mereka. Mereka sangat mengharapkan doa kita! Ingatlah Allah itu Maha Adil dan tidak sesekali membiarkan doa mereka yang dizalimi....Wallahu a'lam.

"Ya Allah, sebagaimana Engkau gulingkan kerajaan Mubarak, gulingkan juga kerajaan Basyar di Syria. Ya Allah engkau bantulah seluruh umat Islam di Syria, Palestin dan seluruh umat muslimin. Berilah bantuan kepada kami dalam menegakkan agama-Mu, dan berilah kemenagan kepada Islam. Amin Ya Rabbal A'lamin"

Short post : Taujihat buat dai'e ilallah


ENAM PEGANGAN.....daripada Hassan Al-Banna :

1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.


2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.


3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.


4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.


5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.


6. Belajarlah menfanakan diri untuk kepentingan cita dan agama.



p/s : Moga sama-sama terus berjuang di jalan Allah semata-mata kerana-Nya, insya Allah....misi baru muncul bagi menghadapi fatrah baru, semester dua di Universiti Mutah...mohon doa daripada semua....




Sajak Permisi Mimpi

Permisi Mimpi
Nukilan : Nurul Atikah Hj Radzi
 Mahasiswi Universiti Mutah

Sahabat,
Aku tahu...
Beku salju tidakkan bisa membeku hatimu,
Gerimis sukma tidak pula menuntunmu ke lembah duka,
Putih salju...biarkan ia menormalkan hitam pekat lampaumu,
Alir gerimis mengalir menyuci dosa dan noda dahulu.

Sahabat,
Aku tahu...
Bukan mudah dikau menongkah arusmu,
Amat payah menahan yang satu tatkala dunia merebut yang seribu,
Tapi ingatlah sahabatku...janji tuhan dan rasulmu,
Tetaplah....thabatlah di jalan juangmu,
Kerna Rabbmu Maha Tahu!

Sahabat,
Ayuh berpijak di paksi realiti,
Lirihlah bahterayang umat kini nakhodai,
Sedikit sahaja yang menujah layar ke jalan Ilahi,
Selebihnya hanyut berlandas kompas duniawi,
Hancur!! Ia kian tersebati.

Sahabat,
Alam tidak pernah berdosa,
Tapi terpaksa dan dipaksa menjadi mangsa,
Menjadi saksi kebobrokan haloba manusia,
Yang mengejar dunia dan isinya yang fana.


Dunia kian parah,
Muda mudi ramai yang rebah,
Hidangan hiburan ditambah dan ditambah,
Akhirnya menjerat menanti musnah,
Terketar maya menanti murka Rabbah.

Sahabat,
Hari ini...
Kemodenan berubah menjadi fitnah,
Kepimpinan manusia berpaksi rasuah,
Barat pula menjadi penunjuk arah,
Bersekongkolkan zionis laknatullah,
Akhirnya Gaza terus terusan berdarah.

Menilik ke pentas pemudamu pula,
Ralit...mereka alpa diselubung debu noda,
Para pemerintah...pembesarmu...bangga,
Rakyat pula terhimpit bagai hidup di neraka dunia,
Akhirnya...Islam terfitnah juga.

Mengapa sahabat?
Salahkah kemodenan yang kita kecapi ini?
Fitnahkah ketamadunan yang engkau raih ini?
Mundurkah ia jika engkau adunkan bersama,
Al-Quran dan As-Sunnah baginda yang mulia?

Tepuk dada tanya imanmu!
Atas pentas dunia apa watakmu?
Adakah hanya antagonis dan protagonis palsu?
Atau engkaukah ulul albab yang diseru!!

Dikaukah??
Engkaukah ulul albab itu??
Hahahahaha.....

TIDAK!!!
Kau bukan jaylul Quran didikan baginda,
Engkau bukan generasi Salahuddin Al-ayyubi penebus Baitul Maqdis,
Bukan juga ummah teri'izzah pasca tarbiyah Muhammad Al-Fateh.
Engkau hanya ummat akhir zaman,
Jauh sekali ummat yang baginda idamkan,
Ummat  yang bisa merantai perjuangan,
Memimpin kembali jalan pulang.




Aaaah!!! lupakan sahaja!
Hanya masih tega melompangkan saf-safmu,
Tatkala azan fajar menunggu disahutkan,
Sedang jundi al-Fatehmu dahulu,
Tengah hari Jumaat tidak terbandingkan.

Tiba sahaja kelahiran baginda,
Dikau bangga meraikannya...riuh rendah dengan pujangga cinta,
Nyah kau!! Buangkan sahaja...ia dusta semata.

Cinta baginda...engkau benar-benar turuti ajarannya,
Cinta baginda...engkau berjuang bermatian persisnya,
Cinta baginda...dunia padamu hanyalah boneka,
Kerna akhiratlah yang kekal selamanya.

Memang...Memang musuh durjana selamanya akan ketawa,
Kita pula?? Masih bangga meralit ilusi dunia,
Mengayam fantasi maya.

Ini alam,
Ini kisah,
Ini ceritera,
Ini pula dongengan,

Tetapkan tiada nilai,
Selamanya...



Sahabat,
bangunkan jiwa yang lena,
Ini bukan masa harapan,
Ini bukan masa angan-angan,
Ini kenyataan...
Kembalikan daku...Kemabalikan daku ulul albab dahulu,
Yang definisinya penggali ilmu,
Tafakkur dan tasyakkur digabung menjadi satu,
Teori dan praktikal berarena padu.

Sahabat,
Ingatkah kita di suatu ketika...
Tatkala merenung sahabat...baginda lantas bersabda,
Akhir zaman menyaksikan mereka,
Pencinta agama kan menggenggam bara,
Menggenggam menyakitkan,
Melepas menghancurkan.

Ayuh rijal dan serikandi agama,
Ayuh ulul albab semua!
Bangkit!!....Bangkit! Bangkitlah!!
Kita tinggalkan permaidani dahulu,
Ucapkan permisi pada mimpi-mimpi palsu.

Ayuh kita tambah,
Dan tambah,
Biar sejarah menjadi ibrah,
Ilmu dan amal diiring hujjah,
Hidup malammu meniti maghfirah,
Kerna nilaian di sisi Allah,
Hanyalah taqwa dan izzah imaniyyah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...