Hayya ilal madrosah

Selamat tahun baru 2010!
Selamat kembali lagi ke sekolah bagi semua pelajar
Semoga tahun ini kita dapat belajar dengan baik bagi mendapat kejayaan yang cemerlang
Bukan sahaja dalam akademik bahkan dalam kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah
Okay! bagi yang ambil exam tahun ini, semoga berjaya mendapat straight A
Yakinlah dengan janji Allah :

"Apabila kamu sudah bertekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal"
(Surah Al-Imran:159)

Jadi setelah berusaha bersungguh-sungguh maka berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Insya Allah dengan keazaman, keyakinan, kesungguhan, pengorbanan dan tawakkal kita kepada Allah...
Kita pasti berjaya !

Hayya ilal madrosah...
Hayya nadrusu bijiddin wa ijtihad likay nahsulu najaahan baahiran..
(Ayuh kita belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh supaya kita mendapat kejayaan yang cemerlang)
Wallahu A'lam



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat berjuang sahabat-sahabatku...

Selamat Berjuang
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Allah berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo
(Brothers)


*Sebuah nasyid yang mengingatkan ana pada kisah perjuangan di bumi Allah ini bersama para sahabat-sahabat tercinta, suka dan duka, tetap setia...
Nasyid ini juga mengingatkan ana pada teman-teman lama yang tidak dapat lagi berjuang bersama-sama, namun hati kita tetap dengan satu niat untuk menegakkan agama Allah ini.
Selamat berjuang teman-teman.....Semoga pengorbanan kita terbayar!

Ubah Sikap Kalau Nak Berjaya

Ramai orang yang nak berjaya.
Sebenarnya semua orang boleh berjaya sebab tak ada orang yang dilahirkan untuk gagal.
Namun, kadang-kadang kegagalan itu berlaku kerana tiada matlamat yang jelas dan teknik untuk berjaya.
Kebanyakan pakar motivasi berpendapat bahawa kejayaan itu ialah 80% daripada sikap kita dan 20% lagi ialah usaha kita.
Jadi, untuk berjaya kita mesti ubah sikap dan akhlak, bukan sahaja sikap terhadap ibu bapa tetapi terhadap semua orang.
Bahkan, kita juga perlu menjaga hubungan dengan Allah, Pencipta kita kerana Dialah yang memberikan segala rezeki termasuklah kejayaan...

Baiklah, sebut pasal akhlak dan sikap, ramai yang berpendapat bahawa mereka telah bersikap baik untuk berjaya.
Ada juga yang mengatakan bahawa mereka tidak mencuri, bergaduh dengan orang atau membuat perkara maksiat, namun tetap tidak berjaya, bahkan telah berusaha semampu yang boleh.
Ya..memang betul kita telah bersikap baik dengan semua orang, tetapi adakah kita telah berakhlak baik dengan sebenar-benarnya.
Tanpa kita sedari, perkara yang kecil pun boleh menghalang kita daripada berjaya.
Di sini suka untuk ana berkongsi satu kisah yang ana petik daripada sebuah novel yang dapat memberi pengajaran buat kita.

Dalam satu perang, kaum muslimin telah mengepung kubu musuh untuk satu jangka masa yang amat lama, tetapi kubu itu tetap tidak dapat dijatuhkan. Ketua jeneral ketika itu memeriksa punca dilewatkan Allah kemenangan mereka. Diperiksanya solat fardhu, bacaan Al-Quran, solat-solat sunat, tetapi ternyata semuanya dilakukan dengan baik. Akhir sekali, jeneral bertanya mengenai siwak. Ketika itu, ramai tentera tidak bersiwak. Terus, mereka mencari ranting-ranting kayu dan bersiwak. Selepas itu, Allah campakkan kegerunan dalam hati musuh dan beri keizinan untuk menang.

Oleh sebab itu, walaupun bersugi itu adalah satu perkara yang kecil, namun sekecil-kecil perkara itulah yang memberikan kejayaan kepada kita.
Mari kita lihat kembali diri kita, adakah kita telah menjaga hubungan kita dengan Allah, ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, dan semua orang di sekeliling kita?
Ada sesetengah orang yang memandang mudah sesuatu perkara yang kecil.
Sebagai contoh, menjalankan tugas mingguan di dalam kelas seperti menyapu dan mengelap tingkap.
Walaupun kita merasakan perkara itu adalah tugasan kecil yang boleh diselesaikan oleh orang lain, namun adakah kita tidak merasakan tidak menjalankan tugas itu  boleh menghalang kita daripada berjaya?
Apatah lagi tugas-tugas yang berat seperti mendidik orang, mentarbiyah orang dan tugas utama kita sebagai orang Islam iaitu menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Oleh sebab itu, walaupun itu sekadar perkara  yang kecil, kita tidak boleh mengabaikannya, kerana besar kemungkinan boleh menjadi penghalang kejayaan kita.
Bedasarkan kisah yang ana kongsikan di atas, jelas menunjukkan bahawa walaupun bersiwak atau bersugi itu tiada kaitan dalam pelajaran, sukan, pekerjaan atau sebagainya, tetapi ia berkait dengan perjuangan hendak membawa Islam kerana seluruh hidup kita adalah ibadah dan kita hendak menunjukkan bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Oleh sebab itu kita penuhi asbab kemenangan dan kejayaan dengan berusaha menjaga sunnah Rasul dan semua perintah Allah semasa perjuangan.
Harapan kita dengan amal -amal kecil begini, Allah kan bantu kita.

Sebagai pelajar, kita mestilah berusaha menurut segala perintah Allah dan mengamalkan sunnah rasulNya.
Antara sunnah Rasul yang perlu kita amalkan ialah :
  • Sentiasa beristighfar
  • Membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya
  • Solat sunat Dhuha
  • Bersedekah
  • Sentiasa membaharui wudhu'
  • Memakmurkan masjid
  • Bersiwak atau bersugi
  • Membaca basmalah sebelum melakukan sesuatu
  • Memulakan sesuatu dengan mendahului kanan
  • Berqiyamullail
  • Sentiasa senyum
  • Mengingati mati
Selain itu kita juga perlu menitikberatkan hubungan dengan manusia.
Mari kita check list apa yang kita sering terlepas pandang selama ini...
Adakah kita  :
  • mendoakan ibu bapa dan berbuat baik dengan mereka?
  • menolong mereka dengan ikhlas tanpa merungut?
  • mengikut kata-kata mereka termasuklah belajar bersungguh-sungguh?
  • mempunyai perasaan untuk balas jasa mereka setelah mereka memberikan segala keperluan kita?
  • menghormati adik-beradik kita sebagaimana kita hormat ibu bapa?
  • menghormati guru-guru dengan tidak sengaja tidur di dalam kelas?
  • menyiapkan kerja sekolah walaupun tidak diminta oleh guru-guru?
  • berterus-terang kepada mereka jika kita tidak menyiapkan kerja sekolah?
  • membantu kawan-kawan yang kesusahan walaupun mereka tidak pernah membantu kita?
  • tidak mengumpat guru dan kawan-kawan atau tidak mendengar orang lain mengumpat atau berada dalam kumpulan yang mengumpat?
  • menjalankan tugas sebagai pengawas, ketua kelas, bendahari atau apa- apa tugas sepenuhnya?
  • belajar bersungguh-sungguh  untuk membalas jasa ibu bapa dan guru-guru?
  • niat belajar kerana Allah dan ingin menunjukkan bahawa umat islam boleh dalam semua bidang?
Jika masih lagi terkurang, lekaslah kita berazam untuk berubah demi kebaikan kita.
Itu adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian namun sebenarnya, setiap perkara yang dilakukan mestilah jelas matlamatnya  dan niat kerana Allah agar setiap yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah dan Insya Allah, Allah akan mempermudah kejayaan kita.

Ana masih ingat nasihat bekas PK1 sekolah ana, Ustaz Alias yang sering mengatakan bahawa setiap pelajar perlu cemerlang ibadah dahulu iaitu menjadikan seluruh hidup sebagai ibadah : solat, sedekah, sukan, belajar, tolong orang dan sebagainya sebagai ibadah...seterusnya cemerlang akhlak , sama ada akhlak terhadap  Rasulullah, ibu bapa, rakan-rakan, anak yatim, orang miskin malah semua orang, barulah pelajar dapat cemerlang dalam akademik, kokurikulum, kepimpinan dan semua bidang yang diceburi pelajar dalam hidupnya.

Kesimpulannya, untuk berjaya kita perlu perbaiki sikap. Adakah kita mempunyai sikap amanah, bersungguh-sungguh, jujur, istiqamah, sanggup berkorban,menghormati orang, bertanggungjawab dan semua sifat mahmudah yang diajar dalam Islam?
Jika tidak, ayuhlah kita muhasabah diri dan berubah sikap dengan segera sebelum terlambat.
Semoga dengan mengamalkan sikap dan akhlak yang baik berteraskan Al-Quran dan Assunnah dan sentiasa mempunyai pergantungan yang kuat kepada Allah, Insya Allah, Allah akan mempermudah urusan dan tugas kita untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, dakwah menegakkan Islam dan semua perjuangan yang diniatkan semata-mata untuk Allah.
Cemerlang akidah, cemerlang ibadah, cemerlang akhlak, cemerlang segala-galanya
Wallahu A'lam....

Awas Mengumpat!!!

Adakah kita pernah dengar tentang mengumpat?
Biasanya orang selalu kata mengumpat ni sinonim dengan wanita. Ya ke?
Tak juga kan.
Tak kisah la siapa pun.
Tapi, apa sebenarnya mengumpat ni?

Rasulullah S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?"Sahabat menjawab:
"Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Ujar Rasulullah S.A.W. lagi:
(Mengumpat ialah) "Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya."
Lalu ditanyakan: "Bagaimana ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?"
Jawab Rasulullah S.A.W.: "Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya , maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya."

Begitulah ertinya mengumpat...
Kalau benda tu betul, mengumpat.
Kalau salah, fitnah...but both of them adalah dosa.
Mengumpat ni bahaya dan kita akan berdosa dengannya.
Ianya diibaratkan memakan daging saudara sendiri..
Dan perlu diambil perhatian yang SERIUS...
Dosa mengumpat hanya akan diampun apabila orang yang diumpat itu mengampunkannya.
Masya Allah.. begitu besar dosa mengumpat ni...
Bahkan Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud :

"Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: Seseorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah..Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya."
( Riwayat Tabrani dan Baihaqi )

Sememangnya semua manusia melakukan dosa .
Oleh sebab itu kita sebagai hamba Allah yang tidak tahu bila datangnya ajal kita, hendaklah bertaubat dan berusaha menghindari mengumpat..

Seandainya kita terlanjur mengumpat seseorang, apa yang kita perlu lakukan?
Berikut dianjurkan beberapa langkah yang perlu dilakukan sebagai U-turn balik kepada hati yang bersih :
  • Bertaubat dan mohon keampunan daripada Allah dengan menyesali apa yang telah dilakukan di samping berazam tidak akan mengulanginya lagi.
  • Memohon maaf daripada tuan empunya diri yang telah diumpat sama ada dia terdengar umpatan kita - terdengar secara langsung - atau tidak.
  • Maafkan juga semua orang dan bersihkan hati daripada berprasangka terhadap manusia lain.
  • Memuji kebaikan orang yang diumpat di depan teman-teman yang mendengar umpatan tersebut bagi membersihkan kembali nama orang yang telah diumpat agar tidak dipandang serong oleh orang yang mendengar umpatan.
  • Seterusnya doakan kebaikan untuk orang yang diumpat.
Jadi, marilah kita sama-sama bertaubat dan berusaha menghindari mengumpat.
Kalau ada orang yang mengumpat, jauhilah mereka.
Dan kalau perlu, tampalkan hadis -hadis pasal mengumpat atau kata- kata semangat di bilik tidur untuk mengingatkan diri daripada mengumpat..
Ingatlah, jika kita mengumpat orang, pahala kebaikan kita akan sampai kepada orang yang diumpat dan dosa mereka pula yang sampai kepada kita.
So, fikir-fikirkanlah...buka minda, celikkan mata hati, koreksi diri...
Insya Allah...sama-samalah kita jauhi mengumpat demi kebaikan hidup kita di dunia dan akhirat..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Alhamdulillah!! 9A

Hari ini pelajar form 3 dapat result PMR.
Alhamdulillah, adik ana yag bersekolah di SMAASZA pun dapat 9A.
Budak-budak SMKAKA pun tak kurang hebatnya.
Apapun tahniah lah kepada semua pelajar PMR yang lulus.
Yang tak dapat straight A tu pun tahniah juga.
Walaupun tak dapat semua A, tapi itu pun sudah okay.
Sebabnya Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk kita.
Ada orang Allah tetapkan lulus itu yang terbaik, ada orang Allah takdirkan tak dapat semua A itu yang terbaik untuk dia.
Apapun, kita patut bersyukur dengan apa yang kita dapat.
Insya Allah, SPM masih menunggu untuk merebut straight A

Marilah kita renung firman Allah dalam Surah Al-Baqarah,216 :
"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu mengetahui."

Jadi lihat, betapa Allah tu Maha Mengetahui segalanya.
Kita sebagai hamba perlu bersyukur dengan nikmat Allah,dan perlu berusaha dengan lebih tekun lagi untuk mendapat yang lebih baik.
Sekali lagi , mabruuk alaikum buat adik-adik form3 yang berjaya, juga yang mendapat ala kadar sahaja...

Susahnya Add Math!!

Apabila masuk alam SPM, pasti pelbagai soalan yang ditanya.
Susah tak Add math, Biology, Fizik, bla..bla..bla...
Susah tak sebenarnya nie?

Baiklah,suatu hari tu, ana dengar radio IKIM.fm.
Masa tu siaran bersama Dr.Tg.Asmadi, pakar motivasi yg terkenal di negara kita
Lepas tu, ada sorang hamba Allah call, dia tanya :
"Dr. macam mana nak pandai Add Math?"
Dr. tg Asmadi pun jawab :
"Nak berjaya dalam Add Math ni, ada 3 perkara je kuncinya.
  1. Beri tumpuan yang penuh semasa guru mengajar
  2. Buat banyak latihan
  3. Selesaikan perkara yang tak difahami dengan segera
Ha! nampak senang kan nak bijak Add Math... tu jelah rahsianya.
Bukan Add Math saje, subjek lain pun boleh juga ikut tips-tips tu.
Insya Allah, kita pasti boleh buat.
Cuma kena ada semangat yang kuat, usaha yang lebih dan pengorbanan..(kenalah korban tv, komputer, lepak2, novel cinta and anything yg tak berfaedah)
Semoga tips-tips nie berguna buat antum, especially, for candidates SPM.
Usaha + doa + pengorbanan + tawakkal = KEJAYAAN.

p/s: Buat teman-teman form 5 2010 SMKAKA :- Semoga 11A+ milik kita semua...Insya Allah



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kecik hati aku...

Masa ana darjah 5, ana masuk kelas kafa pengakap.
Kelas tu ajar agama termasuk tajwid, sirah, akhlak, dan sebagainya..
Kat kelas tu ada beberapa orang ustazah.
Sorang yang ana ingat sangat ialah Ustz. Faridah tapi dia dah lama meninggal.
Beliau masih muda sebenarnya, tapi dah ajal dia kan,kita pun akan meninggalkan alam ini juga suatu hari nanti.
Satu perkara je yang meninggalkan kenangan sampai sekarang dalam diri ana.
Arwah Ustz. Faridah pernah menasihati kami pada suatu masa .
Beliau cakap macam ni (lebih kurang macam ni la) :
   "Awak semua kena ingat,kita kena hormat mak ayah, jaga hati diorang.
    Biar awak berasa hati dengan diorang, tapi jangan sampai mereka berasa hati dengan awak.
    Bukan mak ayah jela, tapi semua orang, biar mereka ngate ke, ngumpat ke, tapi awak jangan buat jahat,
    buat mereka kecik hati ngan awak. Ingat tu!"

Sampai sekarang pun ana masih ingat nasihat beliau.
Walaupun beliau dah meninggal, tapi, nasihat dia masih ana ingat.
Oleh sebab itu, kita semua kena ingat, kita kena jaga hati orang, buat baik dengan semua orang.
Macam Rasulullah, walaupun orang kafir buat jahat, lempar najis, nak cuba bunuh Nabi, tapi Nabi tetap buat baik ngan orang kafir.
Malah Nabi senyum lagi, beri sedekah dan macam- macam lagi kebaikan yang Nabi buat.
Jom kita fikir, adakah kita ada buat orang berasa hati, kecik hati ke.
Kalau ada kena minta maaf cepat-cepat, jangan sampai bergaduh dan bermasam muka.
Kalau kita berasa hati dengan orang lain, janganlah kita merajuk  dan bermasam muka.
Tapi cuba tanya dia kenapa dia tak berpuas hati dgn kita, atau tanya dia apa salah kita sehingga dia sanggup mengata kita atau menunjukkan perbuatan yang membuatkan kita berasa hati.
Jadi masing-masing kena bertolak ansur dan berbincang untuk kebaikan semua.
Ingatlah, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat...


Syukran ya ustazah...Nasihat ustazah akan saya ingat sampai bila-bila.
"Biar kita berasa hati dgn orang lain, tapi jangan orang lain yang berasa hati dengan kita"
Semoga Allah memberi rahmat ke atas roh ustazah....Al-Fatihah

Jom Hijrah...

Salam Maal Hijrah 1431H...
Tahun baru ni ana nk ambil peluang minta maaf atas segala khilaf kpd antum semua
Sempena maal hijrah ni, marilah kita ambil pedoman dgn sama-sama berhijrah ke arah kebaikan.
Semoga thn 1431H lbh baik drp 1430H
Semoga kita lebih bahagia dlm menjalani liku-liku kehidupan pd hari-hari yg mendatang,Insya Allah.
Sebut pasal bahagia ni ana nak kongsi bbrp tanda kebahagiaan.
Jom check list dan koreksi diri kita.
  • Apabila bertambah amalnya, bertambah pula rasa takut kepada Allah.
  • Apabila bertambah umurnya, beransur kurang tamak pada dunia.
  • Apabila bertambah harta, bertambah pula pemurahnya.
  • Apabila bertambah pangkat dan kedudukan, bertambah dekat dengan orang bawahannya.
So, sempena bulan yang baik ni, marilah kita sama-sama berhijrah dan berubah untuk mendapat keredhaan Allah.
Tapi, jangan tunggu thn baru saje nak berubah.
Sebabnya hidup kita ni cuma ada tiga hari je :
  1. Hari ini
  2. Hari semalam
  3. Hari esok
Kita tak blh tengok lagi hari semalam sbb by hook or by crook, kita memang tak boleh nak ubah hari semalam, cuma apa yang telah berlaku tu kita boleh jadikannya sebagai pedoman.
Kita juga tak blh terlalu mengharapkan hari esok sbb belum tentu kita sempat melaluinya., dan adakah kita masih berpeluang menikmati hari esok? Kita pun tak tahu.
Tapi, apa yang kita perlu tumpukan ialah HARI INI sbb mungkin hari ini ialah hari terakhir kita dan marilah kita merebut segala peluang dan masa yang ada untuk sentiasa membuat ibadah dan kebaikan pada hari ini.
So, jangan tunggu thn baru je nak berubah.
Berubahlah sekarang sementara kita masih lagi bernafas di muka bumi ini.
Sekali lagi, ana memohon maaf atas segalanya.
Semoga tahun 1431 H ini  lebih baik daripada sebelumnya.
Wallahu A'lam...

Awas Air Mineral

Sekarang ini kristian sedang aktif di Seremban...1900 orang paderi melayu yang baru tiba dari Singapura berada di sini sekarang.
Mereka menggunakan sihir. Berhati-hati dengan jenama (air mineral) :
  1.  Al-baramkah
  2. Al-mansori
  3. Al-bistaria
P/s : Sama ada diperoleh secara percuma atau cibeli atau mencuri...semua air ini telah dicampur dengan 'holy water' .
Tolong sebarkan mesej ini kepada semua umat Islam/sahabat/sahabiah.
Sesungguhnya kita tak mampu memegang senjata untuk menegakkan agama islam, akan tetapi kita boleh lakukan ini dengan send mesej nie..
Semoga jasa baik ini dirahmati oleh Allah S.W.T.
Wallahu'alam.

Cakap Arab......

Ini cerita member aku kat aku hari itu.

Dia gi Yaman hari tu so tiba di satu perkampungan di selatan Yaman,
kereta pancuan 4 roda mereka tiba-tiba mati.
Sebabnya minyak habis.

Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada,
maka cakap arab pun ikut yang ingat aje.

Beberapa orang kampung pun nak tolong.
member aku nak tunjuk pandai dia cakap sambil menepuk bonet kereta
"Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un".

Seorang lagi member dia tambah sambil menunjuk
lubang tangki minyak
"Petrol - Sadaqallah hul azim".

Pening semua pak Arab tu.

kesian pak Arab ni...pening!



Kau milikku...

Dah lama rasanya ana tak update blog ini.
I'm quite busy lately.
Tapi ana rasa inilah post yg terakhir utk tahun ni.
Yelah, nak buat persiapan utk tahun depan.
Berdebar rasanya utk tempuh tahun depan.
Cabaran, dugaan, mehnah, tribulasi, tak terkatalah..

Hanya Allah saje yang tahu betapa takut utk hadapi hari yang mendatang.
Tahun depan cabaran lagi banyak.
Cabaran sebagai pemimpin, pelajar, penggerak usrah.
Namun ana yakin jika kita niat kerana Allah,Allah pasti bantu.

Walaupun kita pernah menggapai kecemerlangan sebelum ini,
namun, bagi ana, kejayaan kita yang lepas adalah musuh bagi kejayaan yang akan datang.
Kenapa musuh??
Kadang-kadang kita tak sedar dan alpa dgn apa yang kita dah dapat.
Kita rasa dah tak perlu usaha lagi,but that's really wrong.
Kejayaan tu milik Allah, hanya Allah yang dapat bagi kpd kita.
So, kita tak boleh sombong,leka dgn apa yg kita ada.

Tips utk berjaya cuma USAHA+DOA+TAWAKKAL.
Nampak mudah kan,tapi susah.
Tapi yang sebenarnya,senang jika kita yakin pada kekuassan Allah.
Ada orang usaha,tak berdoa and tawakal, tak jadi juga.
Kalau berdoa dan berserah bulat-bulat kpd Allah tanpa berusaha pun tak jadi juga.
So, fikir-fikirkanlah...

Allah tak kan mensia-siakan usaha kita.
Allah kan Maha Pemurah dan Penyayang...
Insya Allah, jika kita usaha, jaga sikap kita,yakin dengan Allah,kejayaan pasti milik kita.
Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat jua..
Kau milikku....

Kejayaan sudah jadi milik Nik Nur Madihah, dengan prinsip hidupnya : hablu minallah, hablu minannas...



*Tak sabar nak jumpa sahabat-sahabat seperjuangan tahun depan.
  Ana harap ana dan rakan-rakan success dalam menggemilangkan sekolah tahun depan dan yang paling
  utama, success dalam SPM 2010.

 - Kejayaan pasti milik kita-                                

Rintihan Syeikh Ahmad Yasin

Berikut adalah ucapan dan semangat jihad yang dikumandangkan oleh Asy-syahid Sheikh Ahmad Yasin yang membangunkan umat Islam dari tidur lena yang panjang :

      "Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

      "Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah,tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku.

      "Aku tidak mampu ke mana-mana untuk memenuhi hajatku kecuali jika menggerakkan (kerusi roda)ku.

      "Aku,yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku,yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.
   
      "Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpaku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa?

     "Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah... Tiada satu kaum pun(di kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiyai dan dizalimi kepada pembunuh serta pengganas...(Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kita?

     "Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan?Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan kami kepada penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata dan meringankan bebanan kami?
 
     "Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini,pasukan tenteranya,parti-partinya,badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya-benarnya, lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, "Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan,kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hamba-Mu yang beriman!"

   "Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami?Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(dalam keadaan melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami  anak-anak kami,wanita,orang tua dan pemuda -pemuda.

  "Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan!Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

   "Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati.

   "Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

   "Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.

   "Ya Allah, kami mengadu kepada-Mu...kami mengadu kepada-Mu...kami mengadu kepada-Mu...kami mengadu kepada-Mu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah.Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami? Adakah kepada orang yang akan jatuh yang akan menyerbu kami? Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

  "Ya Allah,kami mengadu kepada-Mu...darah-darah yang tertumpah,maruah yang ternoda,kehormatan yang diperkosa,kanak-kanak yang diyatimkan,wanita-wanita yang dijandakan,ibu-ibu yang kehilangan anak,rumah-rumah yang  diruntuhkan,tanaman-tanaman yang dirosakkan.

  "Ya Allah,kami mengadu kepada-Mu berpecahnya kesatuan(umat)kami,berpecahnya perpaduan kami,berbagai-bagainya jalan kami,terkebelakangnya kami.

  "Kami mengadu kepada-Mu betapa lemahnya kaum kami,betapa tidak bermayanyaumat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami..."

  Wallahua'lam.

* Oleh itu, marilah kita menanam azam untuk berkorban apa sahaja bagi melihat umat Islam kembali terbela.
  Takbir...Allahu Akbar!


                                       wajah sang mujahid......       

   

Bestnya kem...

Alhamdulillah,dapat juga ana join Kem Remaja Wawasan anjuran Kelab Remaja ISMA Trg.
Best sangat,tak dapat nak diluahkan dgn kata-kata.
Kem itu pada 4 & 5 Disember 2009 di Dahimah's Guest House.
Daftar asalnya 80 lebih, tapi yg datang hanya73 orang, tp kira oklah tu.
Hari first kami ada ice breaking, slot dengan Cg. Raja, jungle trekking,riadah islam,dan ceramah sahsiah olh Ust.Fakhruddin yg juga ustaz di school ana.
Second day pula kami ada qiyamullail,war game (perang habis-habisan), bola pantai tuala,slot hujah,dan slot sharing ngan kak-kak fasi.
Yang hebatnya kem ni, hampir semua fasilitator adalah lepasan u'siti di Australia dan New Zealand.
Hebat kan,yalah belajar di negara barat, tp bila balik blh handle program utk pulihkan sahsiah remaja.
Setiap aktiviti pula memang menerapkan akhlak islami and berteraskan Al-Quran dan Assunah.
Yang best juga ialah ana dpt jumpa sahabat yg telah pindah dr sekolah ana,Hidayah dan Hajar yg sekarang ni sedang study di  Imtiaz.
Kawan-kawan lain yg dikenali yg join kem itu ialah Siti Hajar, Farah Farhana dan Afiqah Zainal Arif.
Ramai kawan2 dari school lain yg dpt ana kenal dan mengeratkan ukhuwwah spt pelajar SMK Manir,Padang Midin ,SMA Khairiah,MRSM Kota Putra dan Kuala Berang serta SM Imtiaz.
Melalui kem ni, banyak ilmu, pengalaman,dan perkongsian yang ana dapat.
Insya Allah, ana akan cuba kongsikan sedikit banyak pengalaman,ilmu yang ana dapat drpd kem ini dlm   post-post yg lain agar semua org mendapat kebaikan utk menjadi insan yg lebih berguna.

Di sini ana nk kongsi satu potongan hadis drp kak 2 fasilitator kem ni yg memberi kesan kpd peserta kem :
 "Sesiapa yang meninggalkan perkara -perkara yang buruk kerana Allah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik,"

So,drp hadis ni, kita dpt belajar bhw, jika kita berubah drpd sikap yg tak baik kepada yang lebih baik, kita tak perlu gentar,krn Allah pasti akan ganti sesuatu yg lebih baik dan kita perlu b'syukur krn Allah bagi hidayah utk kita berubah.Kalau Allah dah bagi hidayah kat seseorang tu, org lain tak kan dpt halang,sbb itu memang ketentuan Allah. Jadi marilah kita meninggalkan segala keburukan dan maksiat kerana  Allah,agar kita mendapat rahmat dan ganjaran yang lebih baik drpd Allah.

Itu adalah antara pengisian yang diberikan.Mungkin ana akan ceritakan lagi pengalaman ana menyertai kem- kem dlm post yang lain.
Di sini ana selitkan sedikit gambar-gambar kem ttp ada juga aktiviti yg best yg tak dpt diambil gambar, spt ice breaking, jungle trekking dan war game.
Ana minta maaf kerana gambar yg ingin dikongsi ini  tidak berapa cantik dan agak kabur-kabur,tapi ana harap ianya akan memuaskan hati antum...

                            Pemandangan indah di kawasan kem
                              Slot yang dijalankan di dalam dewan kuliah
                              Bersama Hajar, Hidayah, dan Siti Hajar
                            Kak-kak fasi, Kak Syukriah dan Kak Nadia
                             Kak Huda dan anaknya yang cute, Aufa
                               Kak Fatiyah dan Kak Nusaibah
                               Bermain bola tampar belon dengan tuala
              Bersama ahli kumpulan merah, kumpulan ana sendiri

Jika antum inginkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan aktiviti Kelab Remaja ISMA,bolehlah layari di laman web :
http://ismaterengganu.wordpress.com
http://krimterengganu.wordpress.com

Kelebihan Makan Madu

Antara keistimewaan madu lebah dapat diungkapkan dalam kata-kata Ibn Sina :-
"Madu itu menguatkan roh(kerohanian),
Madu menambah kerajinan dan semangat,
Madu membuka selera makan,
Madu memelihara kemudahan,
Dan madu menolong melancarkan ucapan."

Tepatlah tulisan Dr.Rihaab 'Ukhawi :
"Madu berupa bahan berunsur manis yang menimbulkan kerajinan,kekuatan,kecemerlangan,bertenaga dan kesukaan."

Oleh itu,Rasulullah s.a.w. sangat suka minum madu dan bahkan membiasakannya.Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dalam kepentingan fizikal dan mental. Orang Arab mempunyai ingatan yang kuat adalah berpunca daripada berkatnya madu lebah.

Ibn Juraij r.a pernah menyabutkan perkataan Imam al-Zuhri r.a. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata : "Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan."

Bagi mereka yang sukar tidur malam(insomnia) amalkan minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur malam.

Menurut Imam al-Dzahabi :
"Adalah Nabi s.a.w. pada setiap hari minum segelas madu yang telah dicampur dengan air kosong sebelum sarapan."

Banyak Makan Peluang Bagi Syaitan

Nasihat Yahya bin Mu'adz:

Dalam diri anak Adam terdapat seribu keburukan.Syaitan amat suka pada keburukan itu.Oleh itu, apabila seseorang melaparkan perutnya, mengeringkan tekaknya dan menjinakkan hawa nafsunya, menjadi keringlah setiap anggotanya kerana terbakar api kelaparan dan syaitan pun lari daripada naungannya.Akan tetapi apabila perutnya kenyang dan dia membiarkan dirinya berenang dalam kesenangan syahwatnya,sesungguhnya anggota-anggota tubuhnya menjadi basah dan syaitan dapat menguasainya.

Apabila seseorang diuji dengan banyak makan, para malaikat menangisinya kerana kasihan kepadanya, barangsiapa yang diuji dengan senang makan,maka dia sesungguhnya telah menyalakan api syahwatnya.

Rasa kenyang bagaikan sungai dalam tubuh manusia yang suka didatangi syaitan dan rasa lapar bagaikan sungai dalam roh manusia yang suka didatangi oleh para malaikat.Syaitan kalah oleh orang yang lapar lagi tidur,maka terlebih lagi kalahnya oleh orang lapar yang bangun.Syaitan memeluk orang kenyang yang bangun maka terlebih lagi orang kenyang yang tidur.
Sebenarnya kalbu manusia(yang menempuh jalan akhirat)yang menjerit meminta tolong kepada Allah daripada(bahaya) makan dan minum. 

Banyak makan dengan mengikut nafsu membuka ruang kepada syaitan


 Berjihadlah Melawan Hawa Nafsu Dengan:
  • Sedikit makan,kerana dengan sedikit makan akan lemahlah nafsu syahwat
  • Sedikit tidur,kerana dengan sedikit tidur terlahirlah iradat(kehendak) yang jernih
  • Bicara seperlunya,kerana dengan sedikit bicara terlahirlah keselamatan daripada bencana
  • Sabar menghadapi gangguan yang menyakitkan hati daripada semua orang,kerana dengan sabar akan terlahirlah kemudahan untuk mencapai tujuan.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Orang kafir makan dengan tujuh perut,dan orang Mukmin makan dengan satu perut sahaja."
(Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Umar)

Oleh itu diharuskan makan sehingga memenuhi 1/3 perut.1/3 lagi untuk air dan 1/3 yang selebihnya adalah untuk angin.Jika perut  terlalu penuh dengan makanan,perut akan menjadi berat dan manusia akan berasa malas dan mengantuk.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
'Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Dia tidak sukakan orang yang melampaui batas.
(Surah al-A'raf : 31)

Tetapi janganlah makan terlalu kurang kerana dikhuatiri kekurangan tenaga seterusnya mengganggu ibadah.
Oleh itu,marilah kita membaiki diri kita dengan mengawal nafsu makan agar tidak berlebih-lebihan supaya ruang untuk syaitan  menghasut kita akan tertutup.



                                       

Bedah Buku

Salam ziarah kepada semua pengunjung blog ini.
Sekalung terima kasih diucapkan kpd yang sudi singgah ke laman ilmu di blog ana yang simple ini.
Sebenarnya tujuan ana menghasilkan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman hidup yang singkat ini dan ilmu pengetahuan kerana
'Sesiapa yang inginkan kebahagiaan di dunia,hendaklah dengan ilmu,jika inginkan kebahagiaan di akhirat,hendaklah dengan ilmu,dan  jika inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat,hendaklah dengan ilmu'

Hampir 80% catatan sang puteri dlm blog ini ialah hasil bedah buku-buku yang ana miliki dan buku-buku yang dipinjam,supaya orang lain turut dapat menimba seberapa banyak ilmu dan menambah ilmu yang sedia ada.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini ,kita dapat menyemarakkan semangat perjuangan utk menegakkan agama Allah,selain menyuntik perasaan utk sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.

Seperti mana ungkapan As Syahid Imam Hassan Al-Banna:
'Perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan'

Semoga ilmu dalam blog ini hasil bedah buku-buku ilmiah dapat kita amalkan dan disebarkan kpd orang lain agar kita sama-sama mendapat rahmat dan redha Allah,Insya Allah.

                                                          

Ya Allah,kuatnya guruh...

Bulan ini merupakan musim hujan.
Guruh dan petir pun turut mengeluarkan iramanya.
Katak apatah lagi berlagu riang..
Namun,guruh yang kuat kadang-kadang menakutkan.

Beberapa hari yang lalu,saat manusia berada dalam kembara mimpi di bumi Dungun ini,
ibu bapa saya tiba-tiba terjaga.
Masa tu lebih kurang 3.00 pagi.
Bunyi guruh yang begitu kuat,amatlah kuat.
Ibu saya segera beristighfar.
Ayah saya pula bangun untuk mencabut plag komputer dan tv.
Ibu saya berdebar sangat pada masa tu kerana bunyi guruh  yang memeranjatkan itu tidak pernah didengarinya sepanjang hidupnya.
Kuat,aneh,dan seakan-akan letupan.
Tapi, setelah guruh yang kedua dan seterusnya berdetum selepas pada itu, ibu saya lega dan bersyukur.
Adik saya turut mendengar bunyi guruh yang kuat itu.
Alhamdulillah,tiada apa yang berlaku.

Ada sesetengah orang yang agak takut apabila mendengar guruh.
Dan saat itulah mereka kembali mengingati Allah.
                                           Tapi,memang ana juga takut apabila mendengar guruh
Maklumlah bunyinya sangat kuat dan seperti letupan.
Sebenarnya kita tidak perlu takut akan guruh.
Kerana ia juga ciptaan Allah.
Jadi ayuhlah kita kembali kepada Allah kerana Dialah Yang Maha Berkuasa.

Di sini ana titipkan doa apabila mendengar guruh dan petir,





Antara doa lain ialah,
Ya Allah,ya Tuhanku,janganlah bunuh kami dengan kemurkaanMu,dan janganlah membinasakan kami dengan azabMu,tetapi sejahterakanlah kami sebelum itu.

Semoga dengan mengamalkan doa-doa tersebut,kita mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah.
Insya Allah..

                                                           

Hujan..oh Hujan...

Sekarang ini kan musim hujan..
Tapi,manusia hari ini ramai yang mengeluh sbb hujan..

"Alah,x dpt nk b'cuti,hujan.."
"Baju x kering.."
"Susahlah nk buat knduri kawin.."

Sebenarnya, hujan yg turun ni ialah satu rahmat drpd Allah..
Kita sepatutnya b'syukur dgn nikmat yg Allah bg ni..
Tanpa kita sedari, rahmat Allah ni m'berikn kebaikan kpd kita..
Setiap kejadian Allah tu kan ada hikmahnya yg t'sendiri..
Sekalipun hujan ni menyebabkn banjir,tapi ini sebenarnya ujian drp Allah.
Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita.

'Apakah manusia mengira bhw mrk akn dibiarkn hanya dgn mengatakn,
"kami tlh b'iman",dan mrk tidak diuji?..'
(Al-ankabut,2)

Tanpa kita sedari juga,nikmat dan rezeki Allah dtg mencurah-curah.
Mangsa banjir m'dapat bantuan  drp pihak t'tentu.
Walaupun mereka tak dpt menikmati hari2 mereka di rumah mereka sendiri,tapi mereka tetap mengecap rezeki drp Allah.
So, kita sebagai manusia b'iman perlu merenung kembali kejadian alam yg Allah ciptakn ini.
Janganlah kita menyalahkan takdir yg telah Allah tentukan.
Semoga kita menjadi hamba yg b'syukur.

Ya Allah,aku b'syukur dgn rahmat dan nikmatmu ini...






Doa Wahdah

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون


لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر


Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar

____________________________________

Doa ini merupakan suatu penyaksian dan pengagongan kita kepada kekuasaan Allah swt.Kita meyakini dan kita mengakui akan kebesaran Allah swt.Maka ianya boleh dibaca pada bila-bila saja dan dalam apa jua situasi dan keadaan.

Blogku...

Alhamdulillah,dpt juga ana siapkn blog yg simple nie.
Ana harap blog ni bermanfaat kpd semua org.
Walaupun tak hebat dan sepandai org lain buat blog,tapi segala catatan dlm blog ni sekadar perkongsian dan renungan utk kita menjadi yg lebih baik,Insya Allah.
Mari kita renung lagu nasyid ni...

''Umat Islam harus cemerlang,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam,
Jangan buang masa,
Siapa kata kita tidak boleh,
Kita ada Allah Maha Kuasa,
Kita punya kuasa tenaga,
Doa sebagai senjata,
Umat Islam sentiasa boleh"

Umat Islam pasti BOLEH.......


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...