Banyak Makan Peluang Bagi Syaitan

Nasihat Yahya bin Mu'adz:

Dalam diri anak Adam terdapat seribu keburukan.Syaitan amat suka pada keburukan itu.Oleh itu, apabila seseorang melaparkan perutnya, mengeringkan tekaknya dan menjinakkan hawa nafsunya, menjadi keringlah setiap anggotanya kerana terbakar api kelaparan dan syaitan pun lari daripada naungannya.Akan tetapi apabila perutnya kenyang dan dia membiarkan dirinya berenang dalam kesenangan syahwatnya,sesungguhnya anggota-anggota tubuhnya menjadi basah dan syaitan dapat menguasainya.

Apabila seseorang diuji dengan banyak makan, para malaikat menangisinya kerana kasihan kepadanya, barangsiapa yang diuji dengan senang makan,maka dia sesungguhnya telah menyalakan api syahwatnya.

Rasa kenyang bagaikan sungai dalam tubuh manusia yang suka didatangi syaitan dan rasa lapar bagaikan sungai dalam roh manusia yang suka didatangi oleh para malaikat.Syaitan kalah oleh orang yang lapar lagi tidur,maka terlebih lagi kalahnya oleh orang lapar yang bangun.Syaitan memeluk orang kenyang yang bangun maka terlebih lagi orang kenyang yang tidur.
Sebenarnya kalbu manusia(yang menempuh jalan akhirat)yang menjerit meminta tolong kepada Allah daripada(bahaya) makan dan minum. 

Banyak makan dengan mengikut nafsu membuka ruang kepada syaitan


 Berjihadlah Melawan Hawa Nafsu Dengan:
  • Sedikit makan,kerana dengan sedikit makan akan lemahlah nafsu syahwat
  • Sedikit tidur,kerana dengan sedikit tidur terlahirlah iradat(kehendak) yang jernih
  • Bicara seperlunya,kerana dengan sedikit bicara terlahirlah keselamatan daripada bencana
  • Sabar menghadapi gangguan yang menyakitkan hati daripada semua orang,kerana dengan sabar akan terlahirlah kemudahan untuk mencapai tujuan.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Orang kafir makan dengan tujuh perut,dan orang Mukmin makan dengan satu perut sahaja."
(Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Umar)

Oleh itu diharuskan makan sehingga memenuhi 1/3 perut.1/3 lagi untuk air dan 1/3 yang selebihnya adalah untuk angin.Jika perut  terlalu penuh dengan makanan,perut akan menjadi berat dan manusia akan berasa malas dan mengantuk.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
'Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Dia tidak sukakan orang yang melampaui batas.
(Surah al-A'raf : 31)

Tetapi janganlah makan terlalu kurang kerana dikhuatiri kekurangan tenaga seterusnya mengganggu ibadah.
Oleh itu,marilah kita membaiki diri kita dengan mengawal nafsu makan agar tidak berlebih-lebihan supaya ruang untuk syaitan  menghasut kita akan tertutup.



                                       

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...