Wasiat Allah Kepada Rasulullah SAW

Daripada Nabi SAW : Pada waktu malam aku diisrakkan sampai ke langit, Allah SWT telah memberikan lima wasiat :-
  1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  2. Jadikan cintamu kepada-Ku kerana tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  4. Putuskan harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  5. Rajinlah mengerjakan solat tahajud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiyamullail.
Semoga kita sama-sama bermuhasabah untuk meletakkan pergantungan kepada Allah perkara yang utama dalam hidup ini.

Seperti mana firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56,
"Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

Jangan lihat sahaja, ayuh fikir dan jom sama-sama kita beramal!!
Wallahu a'lam...

2 comments:

subhanallah,
betul2, letakkan pergantungan sepenuhnya kepada ALLAH semate2.
fatimah, kami sahabat2 xkan putus2 harapkan yg terbaek untuk enti n sahabt2 d plkn,,
jihad! keranaNYA jua kamu di sana(^^,)

tq hamizah,uhibbukifillah.
Kekadang rasa takut gak nak hadapi kehidupan di sana
tolong doakn ana.
ana perlukan doa anti

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...