Persiapan Alam Rumah Tangga

Salam ukhuwwah buat semua pembaca blog ni...Kaifa halukum? Semoga sihat-sihat selalu ye. Rasanya dah lama tak menulis. Agak sibuk kebelakangan ni. Nanti terpaksalah aku biarkan blog ini 'berhabuk' selama sebulan pula kerana ada perjuangan yang perlu diselesaikan.

Tajuk kali ini bunyinya macam aku dah nak kahwin je. Taklah, setakat ini, my prioriti ialah jihad menuntut ilmu. Cumanya aku agak terkilan bila mengenangkan muda-mudi pada hari ini yang asyik kemaruk bercinta sehingga lupa pada batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lupa pada larangan Allah kerana mereka mendekatkan  diri kepada perkara yang boleh membawa kepada murka Allah.

Bagi aku, rasa nak menyayangi dan disayangi memang merupakan fitrah dalam hidup manusia, tapi kenalah dikawal. Biasanya matlamat utama percintaan ialah perkahwinan. Tetapi sejauh mana remaja hari ini bersedia ke arah itu. Bercinta pandai, tapi apabila berkahwin, suami entah ke mana, anak entah macam mana, rumah tangga habis porak peranda.


Perkahwinan ini satu tanggungjawab. Sebab itulah persediaan ke arahnya amat perlu. Bagi aku, persiapan itu yang utama. Nanti bila dah kahwin taklah kelam kabut. Contohnya bagi perempuan, sekarang ni dah kena belajar memasak, mengemas rumah, dapur, tandas, membasuh, menjemur, menggosok baju, melipat baju dan yang paling penting rajin membuat kerja-kerja rumah.

Bukan soal kecantikan, ilmu pengetahuan, dan kerjaya sahaja yang perlu diambil perhatian, tetapi pengisian rohani juga satu perkara yang utama. Banyak lagi persediaan yang perlu dilakukan sebenarnya. Cuma apa yang aku selalu ingat ialah, matlamat utama manusia ialah keredaan Allah dan perkahwinan ialah salah satu jalan ke arah itu.

Perkahwinan boleh menjadi jalan ke arah keredaan Allah melalui : 
  • mempersiapkan diri sebagai wanita solehah dan lelaki soleh supaya dapat membentuk anak-anak yang soleh yang diredai Allah
  • melengkapkan diri dengan ilmu rumah tangga agar rumah tangga harmoni dan ianya diredai Allah 
  • mempersiapkan diri dengan jiwa yang taqarub kepada Allah dan memupuk sifat-sifat mahmudah supaya Allah reda dengan kehidupan rumah tangga yang dibina.
  So, fikir-fikirkanlah...Jangan asyik berfikir hendak bercinta dan bercouple...Tapi fikirkan bagaimana hendak mencapai matlamat sebenar iaitu KEREDAAN ALLAH

2 comments:

subhanallah...wah3.
mge membuka minda sahbat2 kita. :-)
post ana pn bab2 ni, cmner tu? mmg ujian remaja, bginilah.
mge ALLAH lindungi kita dr sbarang khilaf bicara dan tingkah..
DIA sebaek2 pelindung, tq. insyaAllah, fi mardhotillah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...