Ayuh Kukuhkan Akidah Kita

Salam mahabbah buat semua...
Insya Allah, saya ada sesuatu untuk dikongsi dengan anda berkenaan akidah.
Hari tu, saya ada dengar ceramah dalam radio berkenaan akidah oleh Ustaz Azhar.
Kita sebagai hamba perlu betul-betul menjaga akidah supaya kukuh sekukuh-kukuhnya.
Saya tertarik dengan contoh yang diberikan oleh beliau.


Antaranya beliau menekankan perihal kenyang.
Katanya, yang memberikan kenyang itu hanyalah Allah SWT.
Makanan yang kita makan seperti nasi, buah dan sebagainya hanya menjadi sebab kepada kenyang.
Sebab itu kalau kita perhatikan, ada orang yang makan sedikit tetapi cepat je kenyang, bahkan yang tak makan pun lambat lapar.
Ada pula yang makan banyak tapi tak kenyang-kenyang.
Ini kerana kenyang itu datang daripada Allah SWT, bukan makanan yang dimakan.


Perkara lain lagi yang ditekankan oleh Ustaz Azhar ialah api.
Seperti yang diketahui, api sifatnya membakar.
Tapi, yang benar-benar membakar sesuatu itu ialah Allah SWT.
Api hanyalah sebab kepada sesuatu bahan itu terbakar.
Sebab itu kalau kita kembali kepada kisah Nabi Ibrahim a.s, walaupun dibakar dalam tempoh yang lama dan api yang sangat marak, tapi, Nabi Ibrahim a.s tidak hangus terbakar.
Kenapa tuan-tuan dan puan-puan??
Kerana yang membakar sesuatu benda ialah Allah SWT, bukannya api...sebab itu dengan izin-Nya, Nabi-Nya tidak terbakar dalam api.


Itu adalah antara contoh yang diberikan oleh Ustaz Azhar .
Sebenarnya contoh-contoh lain ialah apa yang berlaku dalam diri kita sendiri.
Oleh itu, kesimpulannya, saya nak mengajak diri saya dan anda semua untuk sama-sama perkukuhkan akidah kita.
Sesungguhnya apa yang terjadi ini adalah kehendak Allah SWT.
Kita sebagai manusia merangkap hamba-Nya hanya mampu berusaha sedaya yang mungkin.
Firman Allah yang bermaksud : 
"...Sebenarnya segala urusan itu milik Allah..."
(Surah Ar-Ra'd : 31)


Ayuh sama-sama bina dan kukuhkan lagi akidah kita.
Semoga di bawah rahmat-Nya selalu...amiin!!
Wallahu a'lam...

4 comments:

Assalamualaikum,

Insyaallah sama2 mengukuhkan aqidah..

wassalam...Insya allah....
Sama2 mohon pada-Nya

ooh...
saya juga sudah dengar ceramah ustaz Azhar tentang perkara ini...
masih ada lagi penerangan yang belum lengkap ditulis...
alhamdulillah kerana Allah menggerakkan hati awak untuk membangkitkan isu ini...
saya tidak terfikir untuk menyebut perkara ini dalam blog saya padahal perkara ini amat penting!!!!
tanpa kita sedari adakalanya akidah kita terpesong...
terima kasih
alhamdulillah

Aaron: alhamdulillah,sama2 pesan berpesan...
Moga Allah redha!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...